Penjenayah dikehendaki terlibat Geng TR berjaya ditahan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEORANG suspek yang dikehendaki kerana disyaki terlibat dalam kumpulan jenayah terancang Geng TR berjaya ditahan dalam operasi khas dikenali sebagai Op Lima.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar memaklumkan, suspek yang berusia 46 tahun telah ditangkap dengan kerjasama pihak berkuasa India dan Thailand, semalam.

Menurut beliau, lelaki itu telah ditahan semasa dalam penerbangan dari Chennai, India menuju ke Bangkok, Thailand sebelum dibawa pulang ke Malaysia.

Beliau berkata, suspek merupakan ahli kumpulan jenayah terancang Geng TR yang bergerak aktif melakukan kesalahan jenayah kekerasan dan aktiviti dadah di sekitar Selangor sejak tahun 2021.

“Suspek juga mempunyai rekod dalam pelbagai kesalahan serius termasuk kes bunuh, rompak berkumpulan menggunakan senjata dan mendatangkan cedera menggunakan senjata.

“Pertuduhan ke atas suspek di bawah Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan akan dibuat pada pukul 10 pagi hari ini di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Kumar memberitahu, lelaki warga tempatan itu ditangkap berdasarkan waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Selangor pada 17 April lalu.

Selain itu, kata beliau, suspek juga mempunyai Notis Merah Polis Antarabangsa (Interpol) yang telah dikeluarkan pada 7 Mei lalu.

“Tangkapan dibuat terhadap suspek kerana menjadi ahli suatu kumpulan jenayah terancang dan disiasat di bawah Seksyen 130V Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman pemenjaraan selama tempoh yang tidak kurang daripada lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakamkan penghargaan kepada pihak berkuasa India dan Thailand atas sinergi dan kerjasama erat yang diberikan.

“PDRM turut menegaskan komitme berterusan dalam menegakkan kedaulatan undang-undang demi memastikan keselamatan negara serta kesejahteraan rakyat Malaysia diutamakan,” jelas beliau.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Alwiyah Talib umum keluar Bersatu, kembali bersama UMNO

PENYANDANG kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau, Alwiyah Talib mengumumkan peletakan jawatan di dalam Bersatu dan keluar daripada parti...

More Articles Like This