SEMUA 234 tawaran Perikatan Nasional (PN) dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) adalah realistik dan bukan sekadar janji kosong semata-mata.
Itu penegasan Pengerusi PN yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri berkata, tawaran PN BEST itu mampu dilaksanakan sekiranya rakyat memilih gabungan parti itu dalam pilihan raya pada 19 November nanti.
“Mesej teras 234 tawaran PN di bawah 12 tunjang dan 30 pendekatan kita ini adalah jelas iaitu untuk mempertahankan keluhuran Perlembagaan, menjunjung Islam sebagai agama Persekutuan dan melindungi hak semua kaum, demi manfaat rakyat dan negara keseluruhannya.
“Antara tawaran utama ialah menyediakan Tabung Khas Galakan Pelaburan RM5 bilion ke arah menjadikan Malaysia paksi industri di Asia Tenggara, Dana Khas Pelancongan RM1 bilion dan sejuta pekerjaan berpendapatan tinggi untuk merancakkan ekonomi,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau hari ini.
Baca lagi: Tawaran PN BEST: 12 tunjang, 30 pendekatan, 234 tawaran demi rakyat
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, semua tawaran PN termasuk banyak insentif lain untuk mensejahterakan rakyat boleh diakses di pautan http://www.pnbest.my.
Jelas beliau, PN akan berpegang teguh kepada amanah untuk mengotakan setiap tawaran yang dikemukakan kerana ia adalah manifestasi kehendak dan impian rakyat.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

