SEORANG ahli politik yang bergelar Datuk Seri dan pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Perlis dijangka dituduh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Sesyen, Kangar, esok.
Menurut sumber, tokoh politik berusia 65 tahun itu yang pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pauh pada 2013 hingga 2018 sebelum memenangi kerusi DUN Bintong dari 2018 hingga tahun lalu sebelum tewas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu.
Beliau dijangka dituduh jam 8.30 pagi atas pertuduhan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 kerana mengemukakan atau mengesahkan dokumen mengandungi butiran palsu, memetik laporan Harian Metro.
Ahli politik itu juga pernah menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis dan Ketua UMNO Bahagian Kangar sebelum sekali lagi tewas pada Pemilihan UMNO pada Mac lalu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

