Kentang bertunas, acapkali dilihat sebagai reaksi biasa pada tumbuhan dan sayur-sayuran yang terbiar lama di dapur. Namun tahukah anda kentang bertunas tinggi glycokoid yang merupaan bahan kimia semulajadi pada kentang. Bahan kimia ini berbahaya terutamanya kepada ibu hamil dan anak kecil dan boleh menyebabkan muntah, cirit birit dan sakit perut.

Pegawai perubatan, Dr Mazliana Mazlan menjelaskan tinggi kandungan glycoalkaloid yang diambil, ada risiko lain yang lebih membahayakan sehingga ada yang membawa maut.

“Kentang kalau dah rupa macam ni, terus buang sebab tinggi dengan kandungan glycoalkaloid.

Kalau taknak buang, tanam pun boleh.

Glycokoid adalah bahan kimia yang secara semulajadi ada dalam kentang.

Kentang bertunas yang dah lama ada di dapur kita, tinggi dengan kandungan glycoalkaloid, berbanding kentang baru tidak bertunas.

Glycoalkaloid, tidak mengapa jika kandungannya tak banyak bila kita makan. Tapi jika berlebihan, akan buat penyakit lain pulak yang timbul.

Terutama untuk ibu mengandung dan anak kecil. Lebih hati-hati ya, jika rumah kita ada 2 golongan ini.

Muntah.

Cirit.

Sakit perut.

Antara kesan sampingan jika makan kentang bertunas yang tinggi kandungan glycoalkaloid.

Jika terlampau banyak kandungan glycoalkaloid yang diambil, ada risiko lain yang lebih membahayakan.

Rendahkan tekanan darah.

Tinggikan denyutan nadi.

Demam.

Sakit kepala.

Malah, boleh juga bawa kepada kematian.

Pernah saya tengok cerita Hindi, dia kupas biji epal banyak-banyak, dan kisar. Kemudian masukkan dalam protein shake orang yang nak diracun.

Sebab dalam biji epal ada kandungan cyanide, yang kalau makan sebiji je tak jadi apa. Tapi kalau makan dengan kuantiti yang banyak, boleh sampai akibatkan kematian.

Dulu saya sayang jugak nak buang, sebab dua biji je kentang yang tinggal, dan dah nak masak pagi tu buat sup ayam pulak. Tapi bila teringat kesan sampingan yang anak-anak ada kemungkinan boleh dapat, tak fikir panjang dah saya.

Kalau diorang sakit, lagi teruk saya nak handle lepas tu. Apalah sangat dua biji kentang dan sup tanpa kentang kan.

Boleh ya, sama-sama kita cuba k. ❤️

Mazliana Mazlan

Follow saya ya, untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga. 🥰”

Kredit : Mazliana Mazlan