Menurut perkongsian Aimi Nawi, kajian membuktikan ibu masih ‘kandungkan’ anak walaupun selepas bersalin. Proses yang dipanggil ‘fetal-maternal microchimerism’ ini menunjukkan sel janin dari bayi masuk ke saluran darah dan mengalir kembali ke tubuh janin. Malah selepas bayi lahir, sel ini akan terus kekal dalam badan ibu berdekad lamanya.

Malah ulasnya, kajian menunjukkan andai tisu jantung mempunyai kecederaan, sel janin akan segera pergi ke jantung dan bertukar menjadi sel yang khusus untuk membaiki kecederaan tisu jantung. Unik kan?

Ikuti penjelasan ini.

Aimi ada terbaca something so wonderful that Aimi rasa Aimi nak share balik.

Ada satu proses sains panggil  ‘fetal-maternal microchimerism’.

Masa kita mengandung, sel janin dari baby kita tu masuk ke dalam saluran darah kita dan mengalir balik ke dalam tubuh janin.

Selama 40 minggu kita mengandung, sel baby ni keep on keluar masuk keluar masuk dari badan dia ke dalam salur darah kita, dan balik semula ke dalam badan baby.

Lepas baby lahir, banyak sel baby ni yang kekal dalam badan kita. Dalam tissue badan kita, tulang, otak, kulit kita dan lain-lain. Dan selalunya akan kekal berdekad lamanya.

Setiap baby yang kita kandungkan memang akan tinggalkan kesan sel baby ni di dalam badan kita.

Walaupun kita keguguran tak kira pada berapa minggu kehamilan pun, sel baby yang kita kandungkan tu tetap ada tertinggal dalam badan kita.

Apa fungsinya?

Kajian menunjukkan kalaulah tisu jantung kita ada kecederaan, sel baby akan segera pergi ke jantung kita dan bertukar menjadi sel yang khusus untuk membaiki kecederaan tisu jantung.

Maksudnya, sel baby ni boleh berubah jadi sel lain untuk rawat badan kita dari dalam.

Macam stem cell.

Amazing kan?

Hebatnya proses yang Allah S.W.T cipta.

Sepanjang kita pregnant, badan kita Allah cipta sangat fokus untuk lindungi dan besarkan baby.

Tapi dalam masa sama Allah cipta untuk baby juga bantu sembuhkan badan ibu.

Subhanallah.

Ada kajian menunjukkan kewujudan sel janin dalam otak si ibu walaupun ibu tu bersalinkan anaknya 18 tahun yang lepas.

Kita semua tahu all mothers have what we call mother instinct.

Anak tidur atas katil, kita tergerak hati nak check, tengok-tengok rupanya anak dah tertiarap.

Kita tahu something is wrong dengan anak kita walaupun dia takde dengan kita.

We just can feel them.

Banyak masa Aimi tengah sedih,

Tiba-tiba umi call dari kampung.

Dia kata teringat.

How amazing is that?

Now kajian dah buktikan kita still ‘kandungkan’ anak kita walaupun dah bertahun-tahun kita bersalinkan dia.

Maybe that’s where mother instinct come from.

Subhanallah.

All praises belong to Allah.”

Kredit : Aimi Nawi