KARNIVAL Anak Muda Gegor Bera yang akan berlangsung pada 12 November ini akan dimeriahkan dengan kehadiran juara MPL MY musim Ke-10, Team Haq.

Kemunculan sulung Team Haq di Bera pada Sabtu ini akan menghangatkan lagi pertandingan Santai eGames anjuran Miat Quadra Esport Club.

Pertandingan Santai eGames bakal menyaksikan seramai 190 peserta dari 38 pasukan yang akan berentap dalam pertandingan e-sukan selain menghimpunkan anak-anak muda di seluruh Bera dan kawasan sekitarnya.

Pengerusi Miat Quadra Esport Club merangkap penganjur program, Mohamad Lukman Afiq Mohamad Faizal berkata, objektif penganjuran pertandingan itu adalah untuk melihat lebih ramai bakat anak muda dalam e-sukan diketengahkan.

“Kami berharap kejohanan ini dapat membuka mata banyak pihak agar pada masa akan datang lebih banyak peluang dapat diberikan kepada anak muda, sekaligus menjadikan mereka lebih berdaya saing,” katanya.

Baca lagi: PM ucap tahniah kepada Team Haq, juara MPL MY

Mengulas lanut, Mohamad Lukman berkata, Team Haq turut akan menampilkan pemain termuda mereka, Garry dalam kejohanan tersebut.

Jelas beliau, peminat e-sukan tempatan seharusnya tidak melepaskan peluang untuk berjumpa dan melihat sendiri aksi Team Haq dalam karnival tersebut.

Untuk rekod, Garry yang baru berusia 18 tahun serta enam lagi rakan sepasukannya baru sahaja mencipta sejarah apabila muncul sebagai juara perlawanan Liga Profesional Mobile Legend (MPL) MY musim ke-10.

Lebih manis, kejayaan menjadi johan dalam liga tersebut telah meletakkan pasukan tersebut di ranking ke-4 dunia.

Susulan kejayaan itu, Team Haq bakal mewakili Malaysia ke Kejohan Dunia Mobile Legend Bang Bang M4 di Jakarta, Indonesia pada tahun hadapan.

Dalam Karnival Anak Muda Gegor Bera, banyak aktiviti-aktivit menarik yang akan berlangsung seperti pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan motosikal, foodtruck dan gerai jualan.

Karnival itu akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan dijangka menghimpunkan lebih 2,000 anak muda dari Parlimen Bera dan kawasan sekitarnya,

Maklumat lanjut mengenai program itu boleh didapatkan di talian 011-29566829 (Duke) dan 017-2820294 (Yasmin).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram