40 rumah di Shah Alam serta Puncak Alam dilanda banjir

Dari Penulis

SEBANYAK 40 buah rumah di Taman Setia Warisan, Seksyen 6, Shah Alam dan Kampung Budiman, Puncak Alam, ditenggelami air petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.58 petang dan 5.15 petang tadi.

Beliau berkata, sepasukan 11 anggota dari Balai Bomba dan penyelamat Kota Anggerik dikerahkan ke Shah Alam manakala tujuh anggota Pasukan Gerak Cepat dikerahkan ke Puncak Alam.

Katanya,kejadian banjir berlaku susulan limpahan air sungai dan air longkang di kawasan berhampiran.

Baca artikel : Meru dilanda banjir kilat – bomba

“Bomba tiba di lokasi dan mendapati paras air banjir sedalam satu meter,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, paras air di Shah Alam menunjukkan peningkatan.

Sementara di Puncak Alam menunjukkan tren air penurunan dan penduduk telah berpindah keluar ke tempat lebih tinggi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas tak bantu kempen Bersatu di PRN Johor

PAS yang sebelum ini mengumumkan untuk membatalkan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan membantu kempen...

More Articles Like This