PRU15: Lepak minum cara Eizlan Yusof dekati penduduk Sabak Bernam

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON Datuk Seri Eizlan Yusof, 51, memilih cara ‘lepak minum’ sebagai menyantuni dan mendekati masyarakat berbanding mengadakan ceramah, syarahan serta seumpamanya di Parlimen Sabak Bernam untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Sejak nama saya dicalonkan untuk bertanding di Parlimen Sabak Bernam, perkara pertama yang saya mahu lakukan adalah mengenali hati budi dan mendengar sendiri luahan masyarakat di sini.

“Tambahan pula saya tidak mahu menyusahkan masyarakat terutama pihak berkuasa tempatan yang saya faham bertungkus lumus memastikan proses berkempen sempena PRU15 di sini berjalan lancar.

“Saya akui, saya tak banyak masa untuk berkempen secara besar-besaran seperti mana calon-calon lain yang bertanding tapi saya ada pendekatan sendiri,” katanya kepada URTV.

Menurut Eizlan, pendekatan yang dilakukan sejak hampir seminggu berkampung di Sabak Bernam, telah mendedahkan dirinya dengan isu dan permasalahan yang tidak pernah diketahui sebelum ini.

Antaranya isu jambatan menghubungkan Sungai Air Tawar dan Hutan Melintang, rangkaian internet, hasil pertanian, isu anak muda dan banyak lagi.

“Semua isu itu saya dengar sendiri daripada mereka. Seolah-olah saya sudah bergelar Yang Berhormat (YB) Sabak Bernam.

“Saya orang yang bekerja, bukan ahli politik. Jika menang di sini, saya mahu bawa semua isu dan permasalahan diluahkan masyarakat Sabak Bernam ke peringkat Parlimen,” katanya.

Malah, Eizlan juga mahu menubuhkan Jawatan Kuasa Komuniti Parlimen Sabak Bernam yang ahli-ahlinya terdiri daripada warga di sini untuk mengenal pasti isu-isu dan permasalahan setempat.

Menurutnya, kaedah ini lebih bersesuaian kerana setiap isu dan permasalahan dapat diperkemaskan, sekaligus dibawa ke Parlimen untuk dibahas dan diperjuangkan.

Menyentuh isu anak muda, Eizlan kagum kerana ramai generasi baharu hari ini sangat rajin melakukan pelbagai usaha dan aktiviti ekonomi.

Ini terbukti pada sesi menyantuni masyarakat, Eizlan bertemu dengan golongan remaja dan belia yang bukan saja aktif dalam bisnes makanan dan perkhidmatan, malah berkaitan ekonomi digital.

Eizlan yang juga Calon No. 1, P.092 Sabak Bernam, mewakili Gerakan Tanah Air – Parti Pejuang, bakal bertanding empat penjuru menentang calon Peringkatan Nasional, Kalam Sahlan; calon Pakatan Harapan, Shamsul Ma’arif Ismail dan calon Barisan Nasional, Datuk Abd Rahman Bakri.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dengan sekali lafaz, Didi Astillah sah bergelar isteri kepada Diniey

ENAM bulan menyulam cinta dalam fasa pertunangan, penyanyi Didi Astillah akhirnya menamatkan zaman bujang dan sah bergelar isteri kepada...

More Articles Like This