TIGA lelaki ditahan selepas bertindak menyerang pemandu ambulans dalam kejadian di Pasaraya Lotus, Kuala Selangor.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pengadu merupakan seorang penolong pegawai perubatan di Hospital Tanjung Karang.
Beliau berkata, pengadu telah menerima panggilan kecemasan membabitkan seorang individu mengalami kecederaan di lokasi kejadian pada malam Isnin.
“Pengadu tiba pada pukul 9 malam dan mendapati seorang wanita cedera.
“Ketika pengadu dalam perjalanan membawa pesakit ke ambulans, terdapat tiga lelaki menyerang pemandu ambulans,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel : Tujuh pemuda ditahan selepas serang kedai kopi dipenuhi polis
Jelasnya, susulan kejadian tersebut, polis menahan tiga lelaki masing-masing berusia 17, 21 dan 35 tahun dan kes kini disiasat dibawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan
Ramli berkata, punca kejadian masih di dalam siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

