TULAR satu klip video memaparkan aksi seorang lelaki mencampak sebuah motosikal ke dalam tali air, dan selepas itu meraikannya dengan penuh riak puas.
Kejadian dipercayai di kawasan sawah dekat Dusun Telogomade, Desa Pliangpayung, Toroh, Grobogan, Jawa Tengah pada pagi Selasa.
Menerusi video, lelaki terbabit kelihatan dengan selamba mencampak motosikal tersebut sebelum mengangkat tangan lalu beredar dengan memandu sebuah kenderaan pacuan empat roda.
Memetik laporan Radar Kudus, Ketua Polis Toroh Asisten Komisioner Darmono mengesahkan kejadian terbabit.
Bagaimanapun, sehingga kini tiada individu yang tampil membuat laporan.
Baca artikel : Payung terjun gagal berfungsi, anggota tentera patah tulang pinggang
“Polis tidak dapat memberikan maklumat lanjut lagi kerana tidak tahu kronologi kejadian,” ujarnya.
Darmono berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan dan menerusi maklumat awal mendapati pemilik motosikal merupakan penduduk Dusun Krai, Desa Bandungharjo, Toroh.
Sementara itu, suspek yang dipercayai merupakan penduduk Kampung Pilangpayung, Toroh tiada di kediamannya dan tidak dapat dihubungi.
“Sehingga kini, nombor telefon suspek tidak lagi aktif,” katanya.
Darmono berkata, pihaknya masih menyiasat sekiranya terdapat unsur jenayah dalam insiden terbabit.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

