Pencawang TNB rosak dihempap bongkah batu

Dari Penulis

SEBUAH bangunan pencawang Tenaga Nasional Berhad rosak dihempap bongkah batu dekat ladang ternakan ayam, Kampung Raja Musa, Bestari Jaya, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada pukul 11.11 pagi.

Beliau berkata, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba 17 minit kemudian dan mendapati runtuhan bongkah batu besar telah mengakibatkan kemusnahan sebanyak 80 peratus.

“Bagaimanapun, insiden tidak melibatkan sebarang mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel : Lima cedera dihempap bongkah batu di Jawa Barat

Jelasnya, pihak bomba telah membuat pemantauan dan mengarahkan pemilik ladang bersama enam pekerja berpindah ke lokasi lain.

“Dikhuatiri berlaku runtuhan lagi dan asrama pekerja juga berhampiran dengan lokasi runtuhan,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas tak bantu kempen Bersatu di PRN Johor

PAS yang sebelum ini mengumumkan untuk membatalkan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan membantu kempen...

More Articles Like This