Polis menahan seorang lelaki dipercayai mabuk dan menyerang seorang penceramah agama di sebuah surau di Taman Universiti, Skudai, dekat Johor Bahru, malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Supt Fariz Ammar Abdullah berkata dalam kejadian pada pukul 7.55 malam itu, seorang lelaki warga tempatan berusia 38 tahun dipercayai di bawah pengaruh alkohol, meluru masuk ke dalam surau dan menyerang penceramah tersebut.

“Kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang memberikan ceramah selepas solat maghrib di surau berkenaan. Lelaki tersebut menyerang menggunakan dua bilah pisau dan sebotol arak.

“Bagaimanapun, tindakan lelaki tu dapat ditahan oleh jemaah masjid lain,” katanya dalam satu  kenyataan, hari ini.

Baca artikel : Serang pemandu ambulans, tiga lelaki ditahan polis

Fariz berkata siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku disebabkan berada di bawah pengaruh alkohol yang berlebihan dan tiada motif lain.

Menurut beliau, siasatan juga mendapati lelaki berkenaan merupakan seorang penganggur dan merupakan seorang yang dikehendaki berkaitan kes dadah.

“Saringan air kencing mendapati lelaki itu adalah negatif dan dia direman empat hari sehingga Khamis ini mengikut Seksyen 506 dan 352 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Api Berbahaya 1958,” kata beliau.

— BERNAMA

Monday , 14 November 2022

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram