Teruk dihentam netizen gara-gara pakai kostum Maleficent, Fasha Sandha kata ‘just for fun’

Dari Penulis

AKTRES Fasha Sandha dihentam netizen selepas menggayakan kostum watak Maleficent yang dilakonkan Angelina Jolie.

Perkongsian beberapa keping foto di Instagram miliknya itu telah mengundang pelbagai reaksi warganet.

Tak hanya Fasha, malah anak-anaknya juga turut sama memakai pakaian bertemakan warna hitam.

Difahamkan, Fasha menghadiri sebuah majlis yang telah dianjurkan di kawasan kejiranannya.

“Keluarga saya. Hari pakaian beragam dan karakter di kejirananku bukan kejirananmu,” tulisnya.

Pemilihan kostum tersebut telah mendapat tentangan ramai pengikutnya di media sosial yang menganggap ia seperti membudayakan sambutan Halloween seperti yang disambut oleh penganut agama Kristian.

“Halal haram semua dah tak ad beza dah.

“Haram tetap haram kita tidak boleh sambut dan meraikan (Halloween).

“Kita jangan tunjuk sangat kita ini cetek agama. Tak salah sesama Islam saling menegur. Tak sanggup ditanya di akhirat nanti.

“Kostum pun tetap tak boleh kalau ikut hukum walaupun tujuan untuk saja-saja. Nak pakai kostum, pakai yang tak melambangkan pemujaan atau budaya Barat. Yang tu dah terang-terang ada tanduk dua dekat atas tu,” komen netizen.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang percaya Fasha tidak meraikan sambutan Halloween kerana tiada keterangan gambar.

“Kelakarlah semua komen. Tak tahu nak bezakan Halloween dengan bukan. Dalam kapsyen tak ada pun cakap sambut Halloween. Tak perlu terangkan sebab kebanyakan yang bercakap ini memang akan sentiasa cari salah orang. Kalau buat baik, nanti kata menunjuk pula,” tulis seorang pengikut.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This