SEORANG wanita maut selepas terlibat dalam kemalangan tiga buah kenderaan di persimpangan lampu isyarat Che Lijah, Dungun, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, kemalangan pada pukul 8.50 pagi itu membabitkan sebuah lori dan dua buah kereta masing-masing Proton Saga dan Perodua Viva.
Beliau berkata, mangsa Safitri Mulyana Mohamad, 31, yang memandu Perodua Viva disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Siasatan mendapati kemalangan berlaku sewaktu pemandu lori berusia 45 tahun dalam perjalanan dari Kuala Abang ke Bukit Besi.
“Secara tiba-tiba, kereta mangsa yang datang dari arah bertentangan telah masuk ke laluan lori dan menyebabkan pemandu lori mengelak ke kanan.
“Bagaimanapun, mangsa kemudian masuk semula ke laluannya dan bergesel dengan Proton Saga” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel : Trak terbalik, anggota tentera cedera parah dalam perjalanan ke pusat undi
Baharudin berkata, mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun bagi bedah siasat.
Jelasnya, semua kenderaan yang terlibat mengalami kerosakan dan kes kini diklasifikasikan dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

