Sekiranya anda boleh menelan rasa masam berasid cuka epal untuk menurunkan berat badan, teruskan! Seandainya tidak, ada alternati lain yang boleh diusahakan. Bagaimanakah caranya?

Anda boleh memilih sama ada minum air kosong, kopi, teh pudina mahupun air lemon. Meskipun himpunan minuman ini tidak terbukti secara saintifik boleh merealisasikan impian untuk tampil langsing, namun tak salah mencuba kan?

Ini informasi empat jenis minuman yang lebih ‘power’ daripada cuka epal.

1. Air kosong

Dikenali dengan nama standard H2O, air kosong dapat menghalang gesaan untuk terus makan yang tercetus daripada salah faham tubuh terhadap rangsangan rasa lapar (yang hakikatnya berpunca daripada rasa haus).

Keadaan ini ada kaitan dengan tindakbalas air yang akan mengembangkan serat di dalam perut. Secara tidak langsung, perut terasa penuh dan anda akan merasa kenyang lebih lama.

2. Kopi

Dengan hanya minum kopi secawan atau dua, tentunya tidak akan mengubah secara drastik saiz badan anda. Namun percayalah, sedikit sebanyak minuman ini boleh memberikan kesan.

Menerusi kehadiran kafein yang terdapat di dalam kopi, kalori akan terus dibakar biarpun sedang bersantai. Anda disarankan untuk mengambil empat hingga lapan auns atau 400 miligram kafein sehari.

3. Teh Pudina

Secara semulajadi, aroma pudina sudah cukup untuk mencetuskan rasa kenyang. Sehubungan itu untuk terus merasai kehebatan herba ini, cubalah hirup secawan teh pudina sebelum menikmati hidangan bagi mengawal pengambilan makanan setiap hari.

4. Air Lemon

Berdasarkan kajian saintifik, lemon sememangnya dicipta bersama agen kimia yang boleh membersihkan usus. Kelebihan ini akan membantu sistem perkumuhan bekerja lebih sempurna dan mengatasi masalah berat badan secara perlahan-lahan.