Dinding bertompok putih bukan kulat. Hilangkan Efflorescence guna cat undercoat. Tak perlu nak lap guna cuka lagi

Dari Penulis

Masalah dinding naik tompok-tompok putih ini memang sering dialami majoriti pemilik rumah, Ada yang menyarankan untuk membersihkan dinding dengan campuran cuka dan lap sehingga bersih, namun masalah ini akan berulang dan proses membersihkan dinding rumah perlu dilakukan dengan kerap.

Menerusi video yang dikongsikan Surfez.wall.services di laman Tik Tok, tompok putih yang muncul di dinding rumah ini dinamakan Efflorescence dan bukannya kulat.

Untuk menghilangkannya, dinding harus dicat kembali menggunakan cat khas untuk masalah ini. Pemilik video menyarankan cat jenis Nippon Wall Sealer 8000 dan sekiranya masalah dinding agak terus, sapukan dua lapisan.

Untuk lapisan pertama, cat nipis dan tunggu sehingga kering dan selepas itu baru disapukan lapisan kedua.

Selepas selesai, barulah dinding boleh dicatkan dengan cat dan warna kesukaan masing-masing.

Namun begitu, jika dinding rumah sudah ada kesan Efflorescence, jangan sesekali gunakan Nippon Wall Sealer 5400 kerana ia untuk dinding baru dan pencegahan awal. Hasilnya, selepas setahun, dinding kekal bersih dan cantik tanpa sebarang kesan tompokan putih.

@majalahwanita

Korang ada masalah dinding naik tompok putih? Itu namanya Efflorescene, cara nak hilangkannya mudah je. Ikut langkah ini. Kredit : surfezz.wall.services #utusantv #majalahwanita

♬ original sound – MajalahWanita – MajalahWanita

Kredit : Tik Tok Surfez.wall.services


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Zulhijjah menyisih ego, membebas jiwa

Oleh : Pegawai Pejabat Zakat, Wakaf, Infaq (ZAWAIN) dan Pensyarah Sambilan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia...

More Articles Like This