Saranan Perdana Menteri betul, tumpu pada pilihan raya – Khairy Jamaluddin

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SARANAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar tidak memberi tumpuan kepada isu pemilihan parti dipersetujui Khairy Jamaluddin.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi merebut kerusi Parlimen Sungai Buloh itu juga bersetuju untuk memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Jelas Khairy, beliau hanya menyentuh mengenai isu pemilihan parti ketika diwawancara oleh sebuah stesen radio pada Selasa lalu.

“Memang kita fokus pada pilihan raya. Saya rasa itu satu sahaja daripada pelbagai soalan yang ditanya dalam temu bual (bersama stesen radio BFM) semalam. Jadi, saya jawablah. 

“Tetapi saya tidak terlalu tumpu kepada isu itu. Memang Perdana Menteri betul. Kita tumpu kepada PRU-15 sekarang ini.

“Orang nak melihat juga bahawa muka-muka baharu dalam BN menandakan satu ‘rejuvenation’ dalam PRU-15. Itu sahaja,” katanya.

Baca lagi: Khairy miliki percaturan ‘membersihkan’ UMNO

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri program Selangkah Ke Menara Gading bersama Ikon Malaysia dan Townhall Ikon Malaysia di Dewan 500, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam hari ini.

Mengulas mengenai kempen di Sungai Buloh, Khairy berkata, beliau menyerahkan menyerahkan sepenuhnya kepada pengundi di situ untuk membuat keputusan yang terbaik.

“Alhamdulillah semakin positif dan saya akan terus berkempen untuk esok dan lusa untuk melawat kawasan yang belum saya lawati dan saya serah kepada pengundi sungai buloh untuk membuat keputusan yang terbaik,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This