Lufya Omar tak cemburu bekas suami nak kahwin lagi – “Untuk dia bergelar ibu tiri kepada Haura, tak mungkin…,”

Dari Penulis

PELAKON dan penyanyi Lufya Omar menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dirinya cemburu selepas mengetahui bekas suaminya, Dr Che Hafiz akan berkahwin dengan aktres Julia Farhana Marin.

Sebaliknya, Lufya meluahkan rasa kasihan terhadap Julia kerana masih muda dan belum lagi merasai pengalaman bergelar isteri dan ibu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Isu nafkah anak sudah lama berlarutan di mahkamah, Lufya Omar mohon doa agar tenang hadapi ujian, Bekas suami minta Lufya henti sebar fitnah, ada bukti bayar nafkah anak, Julia Farhana buat laporan polis, bengang jadi mangsa fitnah pelakon & buka kisah akan kahwin dengan Dr Che Hafiz

“Saya dah lama tahu tentang hubungan mereka. Korang nak kahwin, silakan. Tiada siapa yang cemburu.

“Sebenarnya, saya kesian dengan budak (Julia) itu. Dia masih muda, orang kata belum lalui perjalanan sebagai seorang isteri dan ibu.

“Mungkin dia terlalu buta dalam percintaan…tak boleh nak fikirkan. Untuk dia bergelar ibu tiri kepada Haura, tak mungkin. Tak tahulah, risau salah cakap,” katanya.

Lufya berkata demikian menerusi sesi siaran langsung di akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Lufya mengaku telah menyekat Julia daripada aplikasi Whatsapp kerana enggan ada campur tangan orang luar mengenai isu tuntutan nafkah anak.

Malah, Lufya turut mengeluarkan kenyataan dan menyoal keikhlasan Julia yang pada awalnya ingin membantu menyelesaikan kemelut antaranya dan bekas suami.

“Isu ini sensitif. Kenapa ayah (Hafiz) itu minta kekasih dia ke depan? Saya rasa awak tak perlu masuk campur urusan nafkah anak.

“Tak perlu cakap nak suruh Hafiz ambil Haura pada hujung minggu. Itu memang tanggungjawab dia.

“Saya blocked awak sebab awak tak ikhlas sebab mula-mula mesej awak cakap nak tolong nasihatkan Hafiz.

“Kemudian, awak cakap itu bukan tanggungjawab awak untuk nasihatkan Hafiz. Jadi pada awalnya, kenapa awak mesej saya panjang seperti 360 muka surat,” ujarnya.

Tambah Lufya, dia tidak perlu bantuan wang ringgit daripada pelakon terbabit sebaliknya hanya perlukan kasih sayang dan rasa tanggungjawab daripada Hafiz.

“Awak ada kata nak tolong bayar duit. Saya tak perlu duit awak sayang.

“Bukan nak berlagak tapi saya yang minta cerai. Kesabaran saya sudah tipis.

“Saya gaduh bukan untuk saya…untuk Haura. Benda jadi isu bila ada orang luar masuk campur,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This