PRU-15: Siti Nurhaliza tunai tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia

Dari Penulis

PENYANYI terkenal negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza selesai membuang undi di Sekolah Kebangsaan Alam Damai, Cheras, pukul 10.50 pagi tadi.

“Perjalanan mengundi saya hari ini. Keadaan tenang.

“Semoga Allah berikan kami pemimpin yang amanah dan berwibawa serta menjaga rakyatnya dengan baik,” katanya.

Malah, kehadirannya ke Pusat Mengundi turut mencuri perhatian pengundi dan para petugas  yang ingin bergambar bersama dengan penyanyi kesayangan ramai itu.

Ujar Siti, dia berharap bakal pemimpin yang dipilih akan menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi demi keamanan rakyat.

“Siapa pun yang bakal dilantik sebagai pemimpin kelak, haruslah menjalankan tanggungjawab mereka dengan berwibawa dan amanah.

“Negara perlukan pemimpin yang amanah, bertanggungjawab, berwibawa, serta mampu menjaga rakyat dan negara dengan baik serta prihatin.

“Tentunya ia menjadi harapan semua rakyat Malaysia dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini. 

“Semoga Malaysia terus cemerlang dalam semua aspek ke hadapan,” ulasnya.

Penyanyi lagu Jerat Percintaan itu turut ditemani pengurusnya, Rozi Abdul Razak yang turut mengundi di lokasi sama.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This