BEKAS Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad hampir pasti merampas kerusi Parlimen Simpang Renggam mengatasi tiga calon lain.
Hasni yang kembali bertanding di kerusi Parlimen Simpang Renggam berada di hadapan dengan 17,245 undi mengatasi penyandang kerusi itu, Dr Maszlee Malik.
Baca artikel berkaitan: [Tidak rasmi] PRU-15: Tengku Zafrul bersaing sengit dengan Dzulkefly
Maszlee bagaimanapun tidak jauh di belakang apabila memperoleh 15,052 undi.
Calon Perikatan Nasional (PN), Fazrul Kamat hanya mendapat 8,500 setakat ini manakala Kamal Kusmin yang mewakili Pejuang dengan 128 undi.
Dengan 110 daripada 111 peti undi sudah dikira, Hasni mempunyai hampir 2,000 undi mendahului Maszlee.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

