Suatu ketika dahulu sewaktu ketiadaan petrol, kayu dijadikan bahan bakar untuk menggerakkan kenderaan

Dari Penulis

KETIKA era perang dunia kedua, ekonomi dunia ketika itu dilanda kemerosotan yang menjejaskan semua sektor pengeluaran, termasuk pengeluar bahan bakar fosil seperti petrol. 

Kerana itu, banyak pengusaha automobil mencari inisiatif lain untuk menggantikan sumber bahan bakar tersebut. Antara yang dilakukan adalah dengan menggunakan gas kayu.

Sumber tersebut dijadikan alternatif bagi menggantikan bahan api. Ini kerana ketika itu sumber petrol dicatu bagi tujuan kegunaan ketenteraan.

Dari sudut sejarah, gas kayu pertama kali digunakan pada tahun 1870-an apabila ia telah dijadikan sebagai sumber gas asli semula jadi bagi tujuan memasak dan lampu jalan.

Gas kayu mempunyai banyak kelebihan, antaranya merupakan sumber bahan api yang boleh didapati dengan mudah dan boleh diperbaharui. Ia juga boleh digunakan secara terus tanpa melibatkan banyak proses.

Pada tahun 1920, George Imbert, seorang jurutera dari Jerman telah mengembangkan penggunaan gas kayu tersebut untuk kegunaan kenderaan.

Dalam hasil ciptaannya, sebuah balang direka khas untuk memproses kayu tersebut menjadi gas. Balang tersebut direka berbentuk seperti pemanas air besar. Proses penghasilan gas itu dikenali sebagai gasifikasi.

Balang gas tersebut direka untuk diletakkan di atas treler, di dalam bonet kereta, atau pada bahagian depan dan belakang kenderaan.

Potongan kayu dimasukkan ke dalam balang khas untuk menghasilkan gas bagi menggerakkan kenderaan.

Semasa perang dunia kedua, beberapa buah kenderaan tentera akan dilengkapi dengan penjana yang memang telah dibina khas di dalamnya dan tersembunyi.

Semasa proses penghasilan gas, kayu akan dipotong dengan halus dan diletakkan di dalam balang tersebut. Kayu tersebut akan dipanaskan secara stim dengan suhu 1,400 darjah Celsius.

Apabila proses pemanasan berlaku, kayu-kayu tersebut akan meruap dan menghasilkan gas yang mengandungi nitrogen, hidrogen, karbon dioksida dan metana. Gas yang terhasil ini dikenali sebagai Syngas. Gas ini kemudiannya akan disalurkan ke dalam enjin kenderaan untuk proses menggerakkan kenderaan.

Bahan api yang digunakan dalam kereta berkuasa gas kayu itu terdiri daripada kayu atau serpihannya. Arang juga boleh digunakan, tetapi ia akan menyebabkan 50 peratus tenaga yang terdapat dalam jisim asal hilang.

Kayu tetap menjadi sumber bahan api utama pada masa itu. Selain itu, bahan tumbuhan yang reput juga boleh digunakan.

Jika dilihat dari sudut keupayaan kereta berkuasa gas kayu ini, ia mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 120 kilometer sejam. Dengan dilengkapi tangki yang mampu memuatkan sebanyak 30 kilogram kayu, tenaga kereta berkuasa gas kayu ini mampu pergi sejauh 100 kilometer perjalanan. 

Makin besar tangki yang digunakan, makin jauh kereta tersebut boleh pergi. Malah keupayaannya juga setanding dengan sebuah kereta berkuasa elektrik.

Antara kenderaan yang menggunaan sistem gas kayu.

Ketika zaman perang dunia kedua, stesen minyak mula menjual kayu dan bukannya bahan api fosil. Penggunaan kenderaan berkuasa gas kayu ini juga tidak terhad kepada kereta persendirian sahaja, malah bas, traktor, motosikal, kapal dan juga kereta api turut dilengkapi dengan sistem gas kayu.

Bukan saja kenderaan awam, malah kenderaan tentera seperti kereta kebal juga menggunakan gas tersebut. Bagaimanapun, Angkatan Tentera Jerman tidak menggunakan teknologi secara terus sebaliknya mereka menggunakan bahan cecair yang diperbuat daripada kayu dan arang batu.

Namun, sistem penggunaan gas kayu ini juga ada kelemahannya. Pertama sekali hidrogen yang terhasil adalah sedikit. Ini menyebabkan kenderaan tidak boleh memecut laju.

Kedua, saiz balang penghasil gas sangat besar dan memakan ruang yang banyak. Justeru ia diletakkan pada bahagian belakang kereta. Secara tidak langsung ia mengganggu pandangan pemandu di belakang.

Selain itu, jika mahu menggunakan kereta berkuasa gas kayu ini,  balang gas tersebut perlu dipanaskan perlahan-lahan selama sejam sebelum kereta boleh dihidupkan.

____

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ulek Mayang, Kuda Kepang: ‘Saya rasa ada roh mahu masuk ke dalam tubuh’ – Sam Famulan 

"Saya tak takut hantu. Tapi saya takut apabila lagu itu dimainkan." Pengakuan itu kedengaran pelik, namun itulah pengalaman yang didakwa...

More Articles Like This