SEORANG bapa tiri yang bertindak mendera seorang kanak-kanak perempuan sehingga maut di sebuah rumah dekat Taman Sri Ramal, Kajang, ditahan polis pada pukul 2.25 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian daripada pegawai perubatan Hospital Serdang pada pukul 12.39 tengah malam.
Beliau berkata, mangsa berusia 11 tahun telah dibawa dengan menaiki ambulans dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Hasil pemeriksaan mendapati mangsa disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.
“Bedah siasat mendapati kematian berpunca daripada kesan hentakan benda tumpul pada bahagian kepala dan perut sehingga menyebabkan usus pecah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel : Pengawal keselamatan dera anak angkat ditahan polis
Jelasnya, terdapat kesan cedera serta lebam di bahagian punggung, buah dada dan lengan tangan mangsa.
Mohd Zaid berkata, suspek berusia 53 tahun ditahan di perkarangan hospital.
“Suspek mengaku memukul mangsa dengan menggunakan tangan, kaki dan baldi di dalam tandas akibat marah dengan mangsa yang sering membuat masalah semasa ketiadaan ibu mangsa di rumah,” ujarnya.
Sehubungan itu, kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.
Polis menyeru orang awam yang mempunyai maklumat untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan R. Ray Erindra di talian 019-6616640 bagi membantu siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

