Polis berjaya menahan seorang lelaki yang tular menerusi media sosial kerana aksi berbahayanya melarikan diri dengan sebuah motosikal ketika dikejar kereta peronda polis di persimpangan Jalan Air Manis-Sungai Besar, Sabak Bernam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Agus Salim Mohd Alias berkata insiden itu berlaku antara 11.30 pagi hingga 12 tengah hari, Isnin lepas manakala lelaki berusia lingkungan 30-an itu berjaya ditahan semalam.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis morfin selain memiliki lima rekod kesalahan lampau berkaitan dadah, dua rekod jenayah dan dikehendaki polis berkaitan kesalahan jenayah komersial,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel : Jangan bimbang, roadblock untuk jaga ketenteraman awam – Ketua Polis Negara

Agus Salim berkata polis turut merampas motosikal yang digunakan lelaki terbabit seperti yang tular dalam media sosial dan semakan mendapati kenderaan itu tidak mempunyai rekod senarai hitam polis.

Beliau berkata lelaki itu disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Baru-baru ini, sebuah video berdurasi 17 saat tular menerusi media sosial memaparkan penunggang motosikal membuat pusingan U secara berbahaya dan memecut di persimpangan Jalan Air Manis-Sungai Besar, Sabak Bernam kerana melarikan diri daripada dikejar kereta peronda polis. 

— BERNAMA

Wednesday, 23 November 2022

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram