BN, PH ada tandatangan perjanjian bentuk kerajaan di Perak

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PAKATAN Harapan (PH) mengakui wujud perjanjian bersama Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan gabungan di negeri Perak.

Perjanjian itu ditandatangani pada 21 November lalu bersama Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad bagi membentuk kerajaan dengan sokongan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Pengerusi PH Perak, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, perjanjian turut disaksikan oleh Penasihat Undang-Undang Negeri dan wakil Sultan Perak, Tan Sri Dr Zahidi Zainudin.

“Di peringkat antara parti saya turut menandatangani perjanjian persefahaman untuk memastikan butiran pentadbiran kerajaan dikongsi bersama demi memastikan kelestarian dan kestabilan negeri.

“Berakhirnya satu proses pembentukan kerajaan di Perak bermakna bermulanya satu era baharu gabungan dua parti bertentangan yang kini berjanji untuk mendahulukan kebajikan dan kesejahteraan rakyat Perak.

“PH dan BN mungkin mempunyai dua retorik politik yang berbeza namun retorik itu perlu tunduk kepada prinsip lebih besar seperti keterangkuman, kesederhanaan dan keadilan sosial.

“Di sinilah terbentang cabaran yang memerlukan hikmah dan keberanian kepimpinan memenangkan prinsip,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baca artikel lain: Ditawar jawatan MB, Exco dan Speaker jadi sebab mengapa BN pilih PH – Saarani

Mujahid menambah, kematangan kedua-dua parti terserlah apabila kepentingan rakyat dilihat mendahului segala sentimen dan emosi kempen.

Malah, beliau memuji Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah yang bertindak pantas memastikan segala proses dituruti dan dipatuhi.

Jelasnya, tanpa melengahkan masa dan menghormati undang-undang tubuh negeri, Sultan Nazrin berjaya memenuhi tanggungjawabnya membentuk kerajaan.

“Saya diberi kesempatan untuk mengadap Paduka Tuanku Sultan Nazrin usai majlis perlantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

“Pertemuan yang tidak rasmi itu membawa kepada berbagai perbincangan yang mengisyaratkan keprihatinan tuanku, kebijaksanaan dan hikmah para sultan.

“Baginda utanku membuktikan firasat dan hikmah adalah asas tertegaknya institusi raja Melayu, tiada kepentingan hanya kepentingan undang-undang dan maslahat rakyat,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Wanita maut kemalangan Myvi, Axia di Sungkai

SEORANG wanita maut selepas terlibat dalam kemalangan antara dua kenderaan iaitu sebuah Perodua Myvi dan sebuah Perodua Axia di...

More Articles Like This