Bekas anggota EXO, Kris Wu dipenjara 13 tahun atas jenayah rogol

Dari Penulis

BEKAS bintang pop China-Kanada, Kris Wu telah dijatuhkan hukuman penjara 13 tahun oleh Mahkamah China selepas didapati bersalah dalam skandal pemerkosaan.

Menurut Mahkamah Beijing di daerah Chaoyang, Wu terpaksa meringkuk dalam penjara selama 11 tahun enam bulan disebabkan kes rogol.

Hasil siasatan pihak pengadilan sejak November hingga Disember 2020, Wu telah merogol tiga orang wanita.

“Wu turut dikenakan tambahan hukuman penjara setahun 10 bulan atas jenayah mengumpul orang untuk melakukan pemerkosaan sejak Julai 2018,” katanya memetik laporan portal Barron’s.

Wu mula terkenal sebagai anggota kumpulan K-Pop, EXO sebelum mengundurkan diri pada 2014 untuk memberi fokus kepada kerjaya solo sebagai penyanyi, pelakon dan model.

Tahun lalu, seorang pelajar berusia 19 tahun iaitu Du Meizhu mendakwa Wu merogol dirinya ketika dia berusia 17 tahun.

Kes tersebut mula mendapat liputan meluas daripada pihak media sehingga mendapat kecaman orang ramai.

Rentetan daripada kes berkenaan, beberapa jenama mewah telah membatalkan perjanjian untuk berkerjasama dengan Wu.

Malah, ada beberapa orang mangsa turut berkongsi di media sosial mengenai perbuatan kakitangan Wu yang mempelawa mereka ke pesta karaoke dan turut disuruh minum arak sehingga mabuk sebelum bertindak kasar.

Susulan itu, pada 2018, satu gerakan dikenali sebagai #MeToo di China diwujudkan yang menyaksikan ramai golongan wanita tampil ke hadapan bagi menyuarakan pengalaman menjadi mangsa gangguan seksual termasuklah melibatkan individu berpengaruh.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Reda rumah tangga runtuh lagi, Kaka Azraff pilih fokus besarkan 3 anak selepas sah bercerai talak dua

SELEPAS pelbagai usaha dilakukan demi mempertahankan mahligai cinta yang dibina, penyanyi, Kaka Azraff akhirnya akur apabila jodohnya bersama suami,...

More Articles Like This