Bapa ditahan, tergamak rogol anak kandung sejak usia enam tahun

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEORANG bapa yang tergamak menjadikan anak kandung sendiri sebagai tempat memuaskan nafsu sejak mangsa berusia enam tahun ditahan polis, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Zahril Asri Mohd Zain memaklumkan, pihaknya telah menerima laporan daripada mangsa yang kini berusia 15 tahun kira-kira pukul 3.54 petang, 15 Jun lalu.

Menurut beliau, berdasarkan laporan, mangsa mendakwa kejadian terbaharu berlaku pada 29 Mei lalu sekitar pukul 12 tengah hari.

“Pada ketika itu, mangsa bersama adik perempuannya berada di rumah di Setiu, bapa mangsa telah memanggil mangsa masuk ke dalam bilik tidurnya.

“Semasa berada di dalam bilik tidur, bapa mangsa telah melakukan perbuatan seksual kepada anak kandung lelaki itu.

“Bapa mangsa telah berpesan kepada mangsa supaya tidak memberitahu kepada sesiapa tentang kejadian itu,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Zahril Asri berkata, mangsa telah mengalami kemurungan dan trauma akibat daripada kejadian tersebut.

Kata beliau, bapa mangsa telah melakukan perbuatan terkutuk itu kepada mangsa sejak berumur enam tahun lagi.

“Sehubungan itu, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu, Terengganu telah membuat tangkapan terhadap seorang lelaki untuk siasatan lanjut.

“Lelaki itu ditahan kira-kira pukul 6 petang, 20 Jun lalu,” jelasnya.

Beliau berkata, permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) telah dikemukakan di hadapan Majistret Setiu semalam (21 Jun).

​”Mahkamah membenarkan suspek direman selama tujuh hari bermula 21 hingga 27 Jun ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan,” ujar beliau.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Penduduk terjejas hakisan di Kampung Baru Kapit akan dipindahkan ke penempatan baharu

SERAMAI 43 ketua isi rumah yang terjejas akibat hakisan tanah di Kampung Baru, Kapit, bakal dipindahkan ke penempatan baharu...

More Articles Like This