KENYATAAN media Barisan Nasional (BN) yang menyatakan cadangan gabungan parti itu untuk mencalonkan Datuk Seri Mohamad Hassan sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah tidak benar.
Presiden UMNO merangkap Pengerus Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan perkara tersebut menerusi perkongsiaan di Facebook beliau hari ini.
Berdasarkan kenyataan palsu yang tular itu, BN antara lain mencadangkan lima pemimpinnya untuk menjawat jawatan menteri dalam Kabinet yang akan dibentuk nanti.
Pemimpin-pemimpin itu ialah Tok Mat, Datuk Seri Johari Ghani, Datuk Seri Azalina Othman, Datuk Mohamed Khalid Nordin dan Datuk Mohamad Alimin.
Jawatan yang dicadangkan dalam kenyataan palsu itu pula adalah Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Menteri Hal Ehwal Undang-Undang, Menteri Pelajaran dan Menteri Kerja Raya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

