Anwar terima keberangkatan Sultan Brunei hari ini

Dari Penulis

MALAYSIA dan Brunei Darussalam akan menilai kemajuan kerjasama sedia ada di samping meneroka potensi baharu bagi meningkatkan hubungan serta kerjasama yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, perkara tersebut akan direalisasikan sempena Lawatan Khas Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah ke Malaysia hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerima keberangkatan Sultan Hassanal Bolkiah, julung kali selepas beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada 24 Nov lepas.

Baca artikel berkaitan: Malaysia komited perjuang isu rakyat Palestin, kata Anwar

Lawatan terakhir Sultan Hassanal Bolkiah ke Kuala Lumpur adalah pada 4 hingga 6 Mac 2019 untuk menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan ke-22 antara Malaysia dan Brunei Darussalam.

“Malaysia dan Brunei Darussalam mempunyai hubungan istimewa yang telah lama terjalin melalui persamaan warisan, budaya dan hubungan sesama insan,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, Anwar akan turut meraikan Sultan Hassanal Bolkiah, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah serta rombongan dalam satu majlis santapan tengah hari.

Brunei Darussalam merupakan rakan dagangan ke-30 terbesar Malaysia pada 2021 dan keenam terbesar dalam ASEAN dengan jumlah perdagangan berjumlah RM8.03 bilion (US$1.94 bilion).

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel bersubsidi turun kepada RM2.10 seliter mulai Julai

BERITA baik buat orang ramai apabila Kerajaan MADANI bersetuju menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat kepada RM2.10 seliter mulai...

More Articles Like This