BEKAS Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad dilaporkan meninggal dunia awal pagi tadi di Frankfurt, Jerman.
Memetik laporan BH Online, Allahyarham yang juga Ketua UMNO Bahagian Langkawi menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 3 pagi tadi.
Perkara itu disahkan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Langkawi, Nor Saidi Nanyan.
“Saya difahamkan Allahyarham ke Frankfurt bagi urusan kerja atas kapasiti beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah Tenaga Nasional Berhad (TNB).
“Pemergian beliau ke sana turut ditemani isterinya, Datin Sabariah Hassan dan saya difahamkan jenazah akan dikebumikan di Frankfurt,” katanya.
Baca artikel berkaitan: Tokoh pendidikan, Sidek Baba meninggal dunia
Nawawi pernah berkhidmat selama satu penggal sebagai ahli Parlimen Langkawi selepas memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tahun 2013.
Sebelum itu, beliau juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah bagi tempoh dua penggal antara tahun 2004 hingga 2013.
Namun begitu, Allahyarham tewas kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan majoriti 8,893 undi pada PRU-14.
Beliau telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Bebas TNB berkuat kuasa 16 Oktober 2020.
Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Panorama Sdn Bhd iaitu anak syarikat Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) antara tahun 2017 hingga 2018.
Selain itu, Nawawi juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pada tahun 2014 hingga 2018.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

