Tahun 2023 bakal menjelang dan ini bermakna, bermulalah lagi sekali azam baru dan semangat baru. Bukan sahaja sihat fizikal, kesihatan mental sangat penting dalam mengatur 360 hari mendatang. Jangan sekadar ‘panas’ pada bulan pertama, dan dibuat-buat lupa pada bulan seterusnya.

Begini caranya, mengatur kehidupan bukan sesuatu yang mudah. Jadi jangan timbunkan semua cita-cita dalam satu masa, sebaliknya bahagikan kepada 12 bulan yang ada untuk direalisasikan. Daripada menghimpunkan semua impian menjadi angan-angan kosong, lebih baik mencabar diri dengan mencipta atau menetapkan 12 habit mengikut bulan. Dengan ini anda dapat mengukur kemampuan dan pencapaian sepanjang tahun.

Tip ini mungkin boleh menyelamatkan azam baru anda. Cubalah!

JULAI – BANYAKKAN MINUM AIR

Lebihkan minum air kosong atau teh herba walaupun korang hantu kopi. Banyakkan makanan yang mengandungi banyak air seperti tomato, saleri dan tembikai.

OGOS – TUKAR RUTIN SENAMAN

Jika rutin senaman sebelum ini tidak memberi kesan, apa kata cari rutin yang berbeza. Banyak tutorial senaman yang boleh dipilih dan diikuti di rumah. Atau mungkin boleh daftar kelas senaman yang exciting seperti kick boxing.

SEPTEMBER – PELAJARI SKIL BARU

Cuba belajar bahasa baru contohnya dengan menggunakan aplikasi di telefon pintar, ia membantu untuk berkomunikasi dengan banyak bahasa. Banyak lagi skill lain yang boleh dicuba, cuma fokus pada satu dahulu supaya anda mahir.

OKTOBER – LINDUNGI DIRI

Pelajari bagaimana untuk melindungi data peribadi daripada dicuri. Jangan terlalu ghairah untuk memuat naik status lokasi percutian atau ke mana sahaja anda pergi di media sosial kerana ia mungkin mengundang bahaya.

NOVEMBER – KAWAL PORTION

Cuba portion yang lebih kecil setiap kali makan dan bahagikan portion tersebut mengikut kaedah yang lebih sihat. Mungkin boleh cuba diet suku suku separuh.

DISEMBER – AMALKAN SIKAP PEMURAH

Semakin banyak memberi, semakin banyak yang kita dapat. Berikan komitmen atau latih diri menjadi sukarelawan dalam aktiviti kemasyarakatan atau kebajikan.