Dibiaya syarikat judi: Tuduhan Anwar sangat serius – Muhyiddin

Dari Penulis

TUDUHAN bahawa Perikatan Nasional (PN) menerima pembiayaan syarikat judi untuk kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) disifatkan sebagai sangat serius.

Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tuduhan yang dilemparkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak disokong oleh bukti kukuh.

Malah, beliau melihat tuduhan Presiden PKR itu sekadar andaian yang dibuat berdasarkan kempen meluas PN ketika pilihan raya umum lalu.

“Ya itu fitnah, mana buktinya? Mudah sangat nak lempar tuduhan sebegitu. Kita (PN) ada prinsip, kalau nak terima sokongan pun kita tak terima dari sumber yang haram.

“Jadi, saya tidak tahu bagaimana Perdana Menteri membuat dakwaan begitu serius hanya kerana kita menang (banyak kerusi) dan hanya kerana kita mempunyai banyak bendera atau kita telah menggerakkan jentera kita dengan berkesan dan menewaskannya sehingga UMNO mengalami kekalahan besar di lapan negeri,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas ceramah Grand Finale PN Padang Serai di Taman Selasih, di sini, malam tadi.

Baca artikel lain: Lima isu dibincang Menteri Kewangan bersama pegawai kementerian

Semalam, Anwar ketika sidang media di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya membayangkan sebahagian dana pilihan raya PN datang daripada syarikat perjudian yang terbabit dengan cabutan khas.

Pada masa sama, Muhyiddin turut menafikan dakwaan PN berbelanja berlebihan untuk kempen PRU-15 memandangkan gabungan itu baru wujud dua tahun, manakala BERSATU hanya ditubuhkan lima tahun lalu.

“Saya tidak mahu tuduh dia (Anwar) apa-apa, malah (tak mahu nak tuduh) mereka menerima dana politik.

“Saya rasa ia (dakwaan PN terima pembiayaan syarikat judi) satu tuduhan yang sangat serius. Kita akan lihat apa yang patut kita lakukan,” katanya ketika ditanya sama ada PN sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang susulan tuduhan itu.

Dalam perkembangan berasingan, Muhyiddin juga menafikan dakwaan berhubung penyelewengan dana RM600 bilion ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Muhyiddin berkata, beliau terkejut dengan tuduhan Anwar yang didakwanya tidak berasas.

“Sebagai Perdana Menteri, anda mesti bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang anda katakan.

“Ia mesti berdasarkan fakta, ia mesti berdasarkan bukti dan tidak sepatutnya berdasarkan khabar angin,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pelajar ditikam di Banting: Fadhlina tinjau lokasi, mohon jangan sebar berita palsu

ORANG ramai diminta tidak menyebarkan berita palsu atau merekayasa fitnah berhubung kejadian seorang pelajar ditikam rakannya dalam kejadian di...

More Articles Like This