Alang-alang hapuskan terus judi, ada berani? – Pas

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PAS mencadangkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menghapuskan aktiviti judi yang wujud di negara ini.

Ketua Penerangannya Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, ia mengambil teladan daripada usaha kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengharamkan aktiviti itu di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

“Tahniah PM kerana telah menurunkan cabutan judi.

“Alang-alang, saya nak cadang kepada kerajaan untuk hapuskan terus judi macam yang dilaksanakan di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Ada berani?,” soalnya dalam kenyataan, hari ini.

Baca artikel lain: Dibiaya syarikat judi: Tuduhan Anwar sangat serius – Muhyiddin

Pada masa sama, Khairil Nizam membidas, sikap penyokong Pakatan Harapan (PH) yang terus menfitnah Pas kononnya menyokong aktiviti judi.

Beliau menegaskan, parti itu sebelum ini antara yang lantang membantah langkah kerajaan menambah kekerapan cabutan khas judi.

Malah, katanya lagi, kutipan cukai menunjukkan penurunan mendadak sepanjang PN memerintah apabila banyak pusat judi berjaya ditutup di bawah negeri-negeri Pas memerintah.

“Sekarang PM tambah pula sentimen minta orang membayangkan PN menggunakan dana judi untuk bantu kempen PRU.

“Buat apa bayang-bayang. Kalau ada bukti, kemukakanlah. Kasihan, sudah jadi kerajaan pun masih ada mentaliti pembangkang.

“Semoga Allah beri hidayah kepada pemfitnah untuk kembali ke jalan yang benar,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This