Budak 8 tahun jatuh dalam telaga sedalam 121 meter di India

Dari Penulis

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun terjatuh ke dalam telaga sedalam 121 meter di kampung Mandavi, Daerah Betul, Madhya Pradesh, 5 petang semalam.

Memetik laporan The Hindu, operasi menyelamat mangsa, Tanmay Sahu yang tersangkut pada kedalaman 16.7 meter masih dijalankan dan telah melepasi 16 jam setakat hari ini.

Difahamkan, mangsa terjatuh ke dalam lubang telaga tersebut sewaktu bermain di sebuah ladang.

Menurut bapa mangsa, Sunil Sahu, anak perempuannya berusia 12 telah melihat mangsa terjatuh ke dalam lubang sebelum memaklumkan perkara tersebut.

“Kami bergegas ke lokasi dan dapat mendengar suara serta pernafasan mangsa dari lubang tersebut,” ujarnya.

Baca artikel : Seorang maut, lori muatan diesel jatuh gaung di Lebuhraya PLUS

Majistret Daerah Tambahan Betul Shyamendra Jaiswal berkata, pihaknya mengambil masa yang lama untuk menyelamatkan mangsa kerana terdapat batu pada telaga tersebut.

“Kami menggunakan mesin pemecah pada waktu malam untuk memecahkan batu itu dan jengkaut bagi membantu mangsa.

“Kami telah mencapai kedalaman lebih 12 meter setakat ini dan penggalian secara menegak masih dilakukan. Pasukan perubatan turut hadir di tempat kejadian,” katanya.

Turut hadir di lokasi kejadian ialah pasukan tindak balas bencama negeri dan polis bagi membantu menyelamatkan mangsa.

Sementara itu, Ketua Menteri Madhya Pradesh Shivraj Singh Chouha memaklumkan telah mengarah pentadbir tempatan mengambil tindakan lanjut.

“Pasukan penyelamat sedang menyelamatkan kanak-kanak itu dan saya mendoakan kesejahteraan mangsa,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mayat lelaki ditemukan terapung bawah jambatan di Kemaman

MAYAT seorang lelaki warga tempatan ditemukan terapung di bawah Jambatan Seberang Tayor, Kemaman, petang semalam. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan...

More Articles Like This