Seorang perompak mati ditembak tauke kedai emas dalam satu kejadian rompakan di Muang, Wilayah Tak, Thailand pada 12 tengah hari tadi.

Memetik laporan Sanook, seorang turut cedera ditembak bersama dua lagi rakan suspek berjaya meloloskan diri.

Kata laporan itu, empat penjenayah bermotosikal berusia lingkungan 25 hingga 30 tahun itu telah melakukan rompakan bersenjata.

Malah mereka turut membawa mesin pemotong keluli ke kedai emas yang terletak di Yaowarat, berhadapan Sekolah Tak Pittayakom.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek bertindak menceroboh masuk ke dalam kedai emas dengan menembak cermin hadapan kedai.

Baca artikel : Isteri disyaki terlibat penipuan skim pelaburan, suami ditembak mangsa – Polis

Suspek juga dilihat telah membuat perancangan rapi dengan membawa mesin pemotong keluli untuk memotong besi yang terdapat pada ruang pameran barang kemas.

Bagaimanapun, tanpa diduga, pemilik kedai emas bertindak mengeluarkan senapang patah dan melepaskan beberapa das tembakan terhadap perompak tersebut.

Melihat situasi genting tersebut, kesemua perompak kemudian bertindak melarikan diri ke motosikal masing-masing.

Dua perompak berjaya melarikan diri dengan motosikal manakala seorang perompak mati ditembak sewaktu cuba menghidupkan enjin motosikal.

Sementara seorang lagi perompak yang cedera ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah di hadapan sebuah kedai.

Polis kini giat memburu dua lagi rakan suspek yang berjaya meloloskan diri.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram