Cetaphil Soothing Foam Wash, pakar kulit sensitif. Mampu legakan kulit dengan buih ultra lembut

Dari Penulis

CETAPHIL®, jenama penjagaan kulit dermatologi di Malaysia dengan muncul dengan produk terkini, Cetaphil Soothing Foam Wash baharu, buih pembersih ultra-lembut yang menenangkan untuk kelegaan optimum dan sesuai untuk kulit sensitif kering hingga normal.

Diperkaya dengan adunan tiga ramuan utama yang mampu menenangkan dan disokong secara dermatologi, iaitu Allantoin, Gliserin dan Triple Ceramides, formulasi unik ini terbukti secara klinikal dapat memberikan kesan kelegaan yang segera iaitu sebanyak +35% selepas 2 minggu penggunaan.

Formulasi baharu ini bukan hanya sekadar mencuci secara mendalam, ia turut mencuci kotoran dan solekan pada wajah dengan berkesan tanpa merosakkan lapisan perlindungan kulit. Buih pembersihnya yang lembut dan halus turut membina ketahanan kulit terhadap 5 Tanda Sensitiviti Kulit dengan kadar pemulihan kulit yang ketara iaitu sebanyak 53% pengurangan sensitiviti kulit selepas dua minggu penggunaan.

Pengurus Galderma Malaysia, Cindy Tiu menyatakan produk ini diformulasikan secara spesifik untuk semua kulit sensitif dan komited untuk memahami keperluan berbeza bagi setiap jenis kulit.

“Kami sentiasa komited untuk terus memajukan inovasi penjagaan kulit sensitif. Walaupun produk kami diformulasikan secara spesifik untuk semua jenis kulit sensitif, kami komited untuk memahami keperluan kulit yang berbeza bagi setiap masalah kulit. Semasa berbuat demikian, kami mendapati wujud salah tanggapan di kalangan umum bahawa buih pembersih tidak sesuai untuk kulit sensitif kerana ia mengakibatkan kekeringan dan ketegangan.

“Mencuci adalah rejim penting dalam penjagaan kulit dan kami mahu menambah baik pengalaman itu dengan menyediakan produk pencuci yang memberikan pelbagai manfaat. Dengan Cetaphil Soothing Foam Wash baharu, kami mahu memberikan pengalaman mencuci yang selesa kepada pengguna yang mempunyai kulit sensitif dengan menyediakan formulasi buih pembersih yang berkesan lagi menenangkan yang kaya dengan sifat penghidratan.

“Antara tiga bahan utama ialah Gliserin yang menghidratkan, sejenis bahan mengekal lembapan yang menarik air daripada udara bagi memastikan kulit kekal terhidrat dan meminimumkan kehilangan air. Gliserin juga boleh melegakan kulit kering, memberikan perlindungan terhadap perengsa kulit dan meningkatkan fungsi perlindungan kulit. Bahan ini juga boleh didapati di dalam rangkaian pencuci muka Cetaphil yang lain,” jelasnya.

Cetaphil merupakan pakar kulit sensitif terkemuka dengan pengalaman selama 75 tahun yang disokong oleh pakar dermatologi. Sebagai jenama yang mana warisannya berakar umbi dalam bidang penyelidikan dan penghasilan produk termaju untuk kulit sensitif, Cetaphil Soothing Foam Wash tiba tepat pada masanya tatkala wujud perubahan tingkah laku di mana semakin ramai pengguna mengutamakan sifat buih pembersih yang bukan sahaja membersihkan tetapi turut terbukti bermanfaat.

Di peringkat global, pasaran penjagaan kulit dijangka akan terus berkembang sebanyak 36.8% menjelang 2024 dan Cetaphil menyasar untuk menarik minat pasaran yang sedang berkembang ini dengan menangani kedua-dua keperluan dermatologi dan kecantikan untuk variasi pengguna dan rutin penjagaan, termasuk pengalaman rasa yang berbeza.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Angkat Martabat Fiqh Madani, PU Riz Mahu Silibus Haji & Umrah Lahirkan Cendekiawan Islam Berwibawa

LANSKAP pendidikan Islam di Malaysia melakar satu lagi sejarah baharu menerusi pengenalan program akademik yang lebih holistik dan dinamik. Menyedari...

More Articles Like This