Mira Filzah contoh ibu bekerjaya yang pentingkan kesihatan kulit

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

 JENAMA penjagaan kulit dermatologi Cetaphil dengan  bangga mengumumkan kerjasamanya dengan pelakon  dan pengacara Mira Filzah selaku duta bagi sambutan bulan Ramadan tahun ini.

Bukan sekadar pelakon terkenal, Mira Filzah melambangkan semangat seorang ibu moden di bandar yang bekerja, sekali gus mewakili wanita yang pelbagai dan dinamik pada hari ini. 

Peranan Mira sebagai seorang profesional dengan pelbagai bakat dan ibu yang berdedikasi menggambarkan inti pati wanita kontemporari yang tetap mengutamakan kesihatan kulit di sebalik gaya hidup mereka yang sibuk. 

Cetaphil dengan bangganya mengiktiraf Mira sebagai mercu tanda inspirasi, mempamerkan bagaimana seseorang dapat mengimbangi jadual yang mencabar sambil tetap mementingkan kesihatan kulit. 

Perwakilan beliau terhadap inti pati jenama Cetaphil mencerminkan sikap yang mudah didekati, sederhana dan pendekatan yang bijak terhadap penjagaan kulit. 

Keserasian Mira dengan Cetaphil melampaui permukaan, selaras dengan misi jenama untuk menggalakkan penjagaan kulit secara holistik sebagai komponen penting gaya hidup sihat. 

“Bergabung dengan produk ini bukan sekadar kerjasama, sebaliknya ia melambangkan tindakan kasih kepada diri sendiri. 

“Sebagai seorang ibu yang bekerja, saya memahami betapa mencabarnya menjalani kehidupan yang sibuk, tetapi penjagaan kulit ialah rutin harian penting untuk mengekalkan kesihatan kulit. 

“Saya berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada Cetaphil sekali gus memberikan inspirasi kepada insan lain untuk melakukan perkara yang sama,” katanya.

Sementara itu, pengurus Gadlerma Malaysia berkata, pemilihan Mira itu bertepatan dengan ciri-ciri yang mereka inginkan sesuai dengan kulit orang Asia.

“Kami sangat gembira untuk menyambut Mira ke dalam keluarga Cetaphil untuk tahun ini. 

“Dengan sejarah Cetaphil yang kaya berteraskan kepakaran dermatologi, kami melihat Mira sebagai kewujudan yang ideal bagi tujuan jenama kami,” ujarnya.

Kerjasama ini dijadualkan bermula dengan kedatangan musim Ramadan, ditandai dengan kempen “30 Hari Kulit Sihat Raya Berseri”.

Inisiatif ini bertujuan mendekati sebanyak mungkin rakyat Malaysia untuk memperjuangkan kesihatan kulit sepanjang tempoh 30 hari Ramadan. 

Selain bekerjasama dengan Mira, kempen ini meluaskan jangkauannya dari sfera digital ke aktiviti di tapak, termasuk sebuah van kombi direka khas yang akan mengembara ke pelbagai lokasi.

“Matlamat kami adalah untuk menyusun naratif yang bermakna sepanjang kempen ini, menjadikannya sebagai perjalanan yang bermatlamat bagi semua orang semasa Ramadan. 

“Melalui aktiviti dan kerjasama strategik dengan individu berpengaruh seperti Mira, kami menetapkan sasaran untuk menyentuh kehidupan rakyat Malaysia dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan kulit. 

“Walaupun fokus utama Ramadan adalah pada perkembangan rohani, disiplin diri, dan pembinaan empati, kami mengakui bahawa konsep penjagaan diri adalah sama penting pada bulan yang mulia ini,” tambahnya.

Inti pati kempen ini terletak pada dorongan kepada rakyat Malaysia untuk mengamalkan rutin tiga langkah yang mudah tetapi berkesan dengan menggunakan rangkaian Cetaphil® CORE – Bersihkan dengan Cetaphil® Gentle Skin Cleanser atau Cetaphil® Hydrating Foaming Cream Cleanser, Lembapkan dengan Cetaphil® Moisturising Cream atau Cetaphil Moisturising Lotion, dan lindungi dengan Cetaphil® Sun SPF 50+ Light Gel. 

Rutin penjagaan kulit ini bertujuan memperkasakan individu untuk mencapai kulit yang berseri-seri menjelang Hari Raya Aidilfitri, menekankan betapa pentingnya amalan penjagaan kulit yang konsisten namun mudah pada bulan yang mulia ini.

Menambahkan kemeriahan perayaan, Cetaphil memperkenalkan kempen Beli & Menang di seluruh negara, menawarkan peluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM48,000 kepada pembeli. 

Hadiah termasuk pengubahsuaian IKEA, penginapan 2 hari satu malam di hotel pilihan mereka dan baucar minyak petrol.

Selain itu, mulai 1 Mac hingga 30 April depan, pembeli berpeluang memenangi tudung eksklusif Mira Filzah apabila membelanjakan minimum RM100 untuk produk Cetaphil® Bright Healthy Radiance dalam satu resit.

Untuk meraikan perayaan Aidilfitri, Cetaphil® juga bekerjasama dengan jenama tempatan Malaysia dalam kempen POWA Kampung Pink mereka, yang memberikan tumpuan pada rangkaian Cetaphil® Bright Healthy Radiance mereka untuk mencapai kulit yang cerah, sihat dan berseri sepantas 14 hari. 

Menampilkan jenama tempatan seperti Mira Filzah Shawls, Petit Moi, So.lek dan banyak lagi, pembeli boleh menebus kod promosi eksklusif di laman web Cetaphil atau berpeluang memenangi sampel produk Cetaphil Bright Healthy Radiance, seterusnya menyediakan mereka untuk perayaan yang akan datang daripada penjagaan kulit,  kecantikan dan keperluan fesyen.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Baby Shima angkat Bahasa Iban dalam Asai Ke Mimpi, tanda penghargaan buat Sarawak

Penyanyi popular, Baby Shima dilihat semakin mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik apabila tampil dengan single berbahasa Iban berjudul Asai...

More Articles Like This