[VIDEO] Dah ‘lebur’ RM33,000 tapi Vida tiba-tiba tak jadi buat pembedahan bariatrik sebab ‘dihantui’ perasaan takut

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

USAHAWAN sensasi, Datuk Seri Vida mengakui sebelum ini dia ada menyimpan hasrat untuk melakukan pembedahan bariatrik berikutan ingin kelihatan cantik dan kurus.

Malah, lebih mengejutkan lagi, dia sudah membuat bayaran penuh bernilai RM33,000 untuk menunaikan impiannya itu pada enam tahun lalu.

Walau bagaimananpun, ahli perniagaan berusia 51 tahun itu membatalkan niatnya selepas didatangi perasaan yang takut teramat sangat.

“Saya akui dulu memang nak nampak cantik dan kurus sehingga terfikir nak buat pembedahan potong usus.

“Saya sudah bayar wang pendahuluan tapi hari nak melakukan prosedur tersebut, saya tiba-tiba jadi tak sanggup nak buat pula…saya batalkan niat tersebut pada saat akhir.

“Sebelum ini saya terpengaruh dengan kawan-kawan yang pernah buat pembedahan potong usus. Jadi ia membuatkan saya nak mencuba. Syukur, Allah masih sayang saya,” katanya kepada URTV ketika ditemui pada sidang media pengumuman Top 5 Anugerah Gempak Most Wanted 2022 (GMWA 2022) di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Justeru, Vida kini mengamalkan produk keluaran syarikatnya sebagai ikhtiar untuk menurunkan berat badan dan menaikkan metabolisma.

Sementara itu, Vida sempat memberi pesanan kepada pengusaha produk pelangsingan untuk tidak menipu pengguna.

“Saya hanya amalkan produk snediri…tak perlu buat pembedahan. Kalau orang lain yang ada masalah kesihatan disebabkan berat badan berlebihan, boleh ikut nasihat doktor jika perlu buat bariatrik.

“Saya cuma nak pesan kepada rakan usahawan, jangan ambil kesempatan tipu pengguna. Kalau kurus sebab buat pembedahan tapi menipu pengguna konon makan produk sendir, itu dah kira aniaya orang,” tegasnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Memori Audionauts bukan penghalang, Ryzall Noh sasar pasaran Malaysia menerusi Natijah Cinta

SELEPAS melakar portfolio ampuh selaku vokalis kumpulan popular Singapura, Audionauts, penyanyi berpengalaman Ryzall Noh kini mengorak langkah lebih berani...

More Articles Like This