AHLI-ahli Parlimen dibenarkan tidak memakai tali leher semasa menghadiri Sidang Dewan Rakyat esok.
Perkara tersebut dimaklumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul pada penghujung sesi persidangan, hari ini.
Menurut Johari, ahli-ahli Parlimen diberi pilihan untuk memakai sut tanpa tali leher atau mengenakan baju Melayu.
“Satu peringatan dan juga permintaan. Sebelum kita bergerak, ada cadangan untuk esok, mereka yang nak pakai sut, saya kecualikan daripada memakai tali leher.
“Jadi boleh datang dengan baju Melayu atau sut bertali leher. Ia adalah pilihan,” katanya.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada kebenaran itu terpakai untuk sesi-sesi Parlimen akan datang dalam penggal ini.
Persoalan itu turut dibangkitkan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) sama ada kebenaran itu adalah untuk sidang Parlimen esok sahaja atau sepanjang sidang selepas ini.
Namun, Johari tidak memberi jawapan.
Baca artikel berkaitan: Calon Timbalan Menteri akan dimuktamadkan – PM
Pengecualian pemakaian tali leher dalam Kerajaan Perpaduan mencuri tumpuan masyarakat umum.
Sebelum ini, mesyuarat Kabinet tampil berbeza apabila Jemaah Menteri tidak mengenakan tali leher.
Anwar juga sebelum itu kelihatan tidak memakai tali leher dalam mesyuarat atau hadir ke pejabat sebaliknya dilihat mengenakan tali leher hanya sewaktu menghadap Yang di-Pertuan Agong atau pada Sidang Parlimen.
Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ke-15 berlangsung selama dua hari sehingga esok dengan antara agenda utama ialah pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan usul undi percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.
Johari telah pun memperoleh undi sokongan tertinggi dari ahli-ahli Dewan Rakyat dengan memperoleh 147 undi sekali gus dipilih sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baharu.
Dalam proses pemilihan tersebut, setiap Ahli Parlimen diberi satu kertas dan perlu menulis nama calon yang disokong mereka sebelum kiraan undi dibuat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukan cadangan mencalonkan Bekas Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari sebagai calon Speaker Dewan Rakyat mewakili kerajaan dan disokong Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

