Calon Timbalan Menteri akan dimuktamadkan – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

CALON-calon Timbalan Menteri bagi setiap kementerian di bawah Kerajaan Perpaduan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Perkara tersebut dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Pada masa sama, Perdana Menteri memaklumkan, mesyuarat Jemaah Menteri mingguan yang berlangsung pagi tadi turut berjalan dengan produktif.

Beliau berkata, isu-isu rakyat terutama masalah kos sara hidup diberi tumpuan dan diselesaikan sesegera mungkin.

“Alhamdulillah, mesyuarat Kabinet mingguan pagi tadi berjalan dengan suasana yang harmoni dan produktif.

“Saya menegaskan bahawa isu-isu rakyat terutama masalah kos sara hidup harus diberi tumpuan dan diselesaikan sesegera mungkin.

“Insya-Allah, calon-calon Timbalan Menteri juga akan dimuktamadkan dalam masa terdekat,” katanya dalam hantaran tersebut hari ini.

Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini juga dihadiri semua barisan Kabinet termasuk Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Baca artikel berkaitan: Anwar pengerusikan mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan

Isnin lalu, Tengku Zafrul tidak hadir pada mesyuarat khas pertama Kabinet selepas semua menteri mengangkat sumpah.

Ketiadaan bekas Menteri Kewangan itu mencetuskan persoalan termasuk mengatakan beliau ke Qatar bagi menyaksikan Piala Dunia.

Bagaimanapun, Tengku Zafrul tampil menjelaskan bahawa beliau bukan ke Qatar, sebaliknya berada di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi menyaksikan majlis perjanjian bersejarah antara Petronas Abu Dhabi Sdn. Bhd. dan Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC).

Lebih menarik, mesyuarat Kabinet Kerajaan Perpaduan hari ini juga tampil berbeza apabila Jemaah Menteri tidak mengenakan tali leher.

Dalam gambar yang dikongsikan Perdana Menteri di Facebook, kesemua menteri lelaki hanya memakai sut gelap bersama baju kemeja putih.

Sebelum ini, Anwar turut kelihatan tidak memakai tali leher dalam mesyuarat atau hadir ke pejabat sebaliknya dilihat mengenakan tali leher hanya sewaktu menghadap Yang di-Pertuan Agong atau pada Sidang Parlimen.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This