Siapa sangka kadang kala tindakan kecil mampu memberi impak besar dalam kehidupan seseorang. Walaupun hanya sekadar ucapan ringkas, namun sedikit sebanyak mampu meredakan kesedihan yang bersarang di hati.
Tindakan seorang pekerja Secret Recipe di Lake Field Sungai Besi baru-baru ini mengundang sebak ibu tunggal yang meraikan hari lahir bersama anak-anak. Jelasnya, kata-kata yang terukir pada pinggan kek cukup menggambarkan keresahan jiwa dan seolah-olah memujuk hatinya untuk terus kuat.
Perkongsian Nurul Mohd yang kehilangan suami pada dua tahun lalu turut mendapat perhatian warganet dan rata-rata menitipkan doa yang terbaik buat ibu kepada tiga orang anak ini.
Baca artikel berkaitan : “That 3 seconds yang buat saya tersentak,” – Panik dan ingin kongsi masalah, wanita ini baru tersedar suami sudah tiada
“Terima kasih
Siang tadi saya ke Secret Recipe di Lake Field untuk makan-makan bersama anak-anak sempena birthday saya dan anniversary saya.
Saya telah meminta seorang staff disitu untuk menulis sesuatu di atas pinggan kek.
Ketika kek tersebut sampai di meja, saya perasan sesuatu.
Eh. Saya tak minta tulisan ini.
Tapi staff tersebut telah menambah kata-kata ini:
“Be Strong”
Dan “Allah tidak akan membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya”.
Izzati (nama staff tersebut),
Jika adik baca ini..
Ketahuilah..kata-kata yang adik tulis seolah-olah memujuk hati seorang balu ini.
Terima kasih kerana memberi service dengan ikhlas dan melihat sesuatu itu dari mata hati.
Terima kasih kerana memberi sedikit kegembiraan untuk akak.
Love,
Kak nurul
17122022 — at Secret Recipe @ Lake Fields.”



Kredit : Nurul Mohd

