JABATAN Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Istana Budaya mengadakan Festival Tari Malaysia (FTM) dan Kejuaraan Tari Kanak-Kanak Malaysia (KTKKM) Peringkat Kebangsaan 2022 pada 17 dan 18 Disember yang mengumpulkan seramai 300 orang peserta berbakat dalam seni tari.
FTM merupakan kesinambungan FTM Peringkat Negeri dan sebanyak lapan kumpulan terbaik mewakili negeri dan zon telah berjaya ke FTM dengan mempertandingkan dua kategori tarian iaitu Kategori Tarian Etnik Kreatif dan Kategori Tarian Rampaian Tradisional Malaysia.
Program ini bertujuan memberi peluang kepada koreografer dan penari mempelajari, berkarya serta mempamerkan persembahan berkualiti.
Malah, ia turut meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab untuk memelihara serta memperkembangkan warisan budaya bangsa.

Berkonsepkan pertandingan, Johan akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM15,000.00, Naib Johan RM10,000.00 dan Tempat Ketiga RM8,000.00, Koreografer Terbaik dan Busana Terbaik bagi kedua-dua kategori 2/5 | akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000.00. Pemenang turut membawa pulang piala dan sijil penyertaan.
Sementara itu, program Malaysia KTKKM Peringkat Kebangsaan 2022 merupakan satu program pencungkilan bakat kecemerlangan pelajar dalam bidang tari dibawah seliaan JKKN Negeri.

Sebanyak lapan buah Kumpulan Bimbingan Seni Cemerlang (KBSC) terbaik mewakili negeri yang melibatkan seramai 120 orang peserta telah dinilai sepanjang KTKKm peringkat negeri.
Lapan negeri yang berjaya ke peringkat kebangsaan ialah Perlis, Pulau Pinang, Perak, Melaka, Pahang, Kelantan, Sabah dan Sarawak. Program ini bertujuan bagi mengenalpasti kumpulan, peserta dan jurulatih dikalangan Artis Budaya JKKN Negeri dan Jurulatih Seni Budaya Negara (JSBN) yang cemerlang dan melahirkan generasi pelapis dalam bidang seni tari.
Disamping itu, program ini bertujuan untuk menghasilkan modul Kreasi Baru bagi tujuan pembelajaran pelajar-pelajar sekolah dan KBSC.
Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM4,000.00, Naib Juara RM3,000.00 dan tempat ketiga RM2,000.00.
Program ini juga turut mempertandingkan empat anugerah iaitu Anugerah Khas Juri, Anugerah Kostum Terbaik, Anugerah Susunan Muzik Terbaik dan Anugerah Koreografer Terbaik masing-masing akan membawa pulang wang tunai RM500.

Penonton yang hadir bukan sahaja dipersembahkan dengan kepelbagaian seni tari, tetapi turut dihiburkan oleh artis popular iaitu Bob Yusof dan Ernie Zakri serta gandingan pengacara hebat Izzue Islam dan Fiza Saad.

“JKKN terus komited memelihara warisan budaya bangsa dalam pelbagai cabang seni terutamanya seni tari.
“Selain itu juga, ia dapat mendidik masyarakat masa kini untuk lebih menghargai dan mencintai seni budaya negara melalui penganjuran festival sebegini,” kata Mesran Mohd Yusop, Ketua Pengarah JKKN.
Senarai pemenang Festival Tari Malaysia 2022 dan Kejuaraan Tari Kanak-Kanak Malaysia 2022 Peringkat Kebangsaan.
Senarai pemenang Festival Tari Malaysia
1- Johan – Pratama Legacy, Sabah
2-Naib Johan- Nyala Dance Theathre, Kuala Lumpur
3- Ketiga- Akar Seni Malaysia, Zon Pantai Timur
4- Koreografer terbaik bagi Kategori Tarian Rampaian Tradisional – Akar Seni Malaysia, Zon Pantai Timur
5- Koreografer terbaik bagi Kategori Tarian Etnik Kreatif- Pratama Legasy, Sabah
6- Busana Terbaik bagi Kategori Tarian rampaian Tradisional – Akar Seni Malaysia, Zon Pantai Timur
7- Busana Terbaik bagi Kategori Tarian Etnik Kreatif – Nyala Dance Theathre Kuala Lumpur
Senarai pemenang Kejuaraan Tari Kanak-Kanak
1- Johan – Kumpulan Bimbingan Seni Cemerlang (KBSC) Sabah
2-Naib Johan – Kumpulan Bimbingan Seni Cemerlang (KBSC) Pahang
3-Ketiga – Kumpulan Bimbingan Seni Cemerlang (KBSC) Pulau Pinang
4- Anugerah Khas Juri – Kumpulan Bimbingan Seni Cemerlang (KBSC) Melaka
5-Anugerah Kostum Terbaik-Kumpulan Bimbingan Seni Cemerlang (KBSC) Melaka
6 -Anugerah Koreografer Terbaik- Puan Soffina Binti Ahmad Kumpulan Bimbingan Seni Cemerlang (KBSC) Sarawak
7-Anugerah Susunan Muzik Terbaik- Kumpulan Bimbingan Seni Cemerlang (KBSC) Perlis

