Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menerusi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Persatuan Badan Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka serta Asia Pacific University (APU) telah menjayakan Pertandingan Nyanyian Lagu Melayu Antarabangsa (PALMA) 2022 baru-baru ini bertempat di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur.
Selain untuk menonjolkan bakat menyanyi lagu Bahasa Melayu di kalangan penuntut bukan warganegara di institusi pengajian tinggi di Malaysia, penganjuran PALMA 2022 juga bertujuan memperkasakan penguasaan Bahasa Melayu sebagai asas perpaduan dan ilmu dalam kalangan pelajar luar dan peringkat antarabangsa.
Edisi ke-7 penganjuran PALMA kali ini memperlihatkan 10 peserta yang berjaya ke peringkat akhir. Mereka terdiri daripada pelajar dari Zimbabwe, China, Papua New Guinea, Somalia, Sri Lanka, Bangladesh, South Korea dan Vietnam.
Chen Xu dari China muncul johan keseluruhan PALMA 2022 dan juga pemenang kategori Vokal Terbaik dengan mendendangkan lagu Bahagiamu Deritaku, nyanyial asal Hafiz Suip. Chen Xu yang merupakan pelajar dari Univerisiti Pendidikan Sultan Idris membawa pulang hadiah wang tunai RM8,000 beserta piala pusingan, trofi dan sijil.
Tempat kedua pula dimenangi oleh Shannon Nalam Adrianna Kamlus (Sunway College) dari Papuas New Guinea yang mendendangkan lagu Kau Terlalu Istimewa nyanyian asal Allahyarhamah Adibah Noor, dan membawa pulang hadiah wang tunani RM5,000.
Tempat ketiga dimenangi oleh Ranepura Hewage Janithi Jinethra Renepura (Management and Science University) dari Sri Lanka yang membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 dengan menyanyikan lagu Semalam, nyanyian asal Aina Abdul.
Tujuh peserta lain menerima hadiah sagu hati wang tunai RM1,000 beserta trofi, sijil dan hadiah iringan tajaan DBP.
Pertandingan dinilai oleh tiga orang panel juri iaitu Datuk Mokhzani Ismail (Pengarah Bahagian Perkhidmatan Muzim RTM), Encik Ramlan Mohd Imam (Pengarah ASWARA) dan Dato’ Wan Aishah Wan Ariffin (penyanyi dan penulis lagu).
“JKKN akan terus menyokong program sebegini dalam usaha untuk memperluaskan dan menyemarakkan penggunaan Bahasa Melayu dikalangan masyarakat luar negara. Ia juga memberi kelebihan kepada mereka untuk lebih memahami dan mempelajari budaya negara Malaysia,” kata Tuan Haji Mesran bin Mohd Yusop, Ketua Pengarah, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).





Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

