Lari dari rumah, Haikal Irfan buktikan berbaloi main TikTok. Mampu jana pendapatan puluhan ribu ringgit sebulan!

Dari Penulis

BERASAL dari Ipoh, Perak, personaliti media sosial, TikTok iaitu Haikal Irfan akui likunya untuk berada pada tahap hari ini bukanlah sesuatu yang mudah ditempuhi.

Masih muda remaja, Haikal atau nama penuhnya Muhammad Haikal Irfan Othman, 23, berkata, minatnya untuk mendalami aplikasi TikTok bermula sejak diberhentikan kerja akibat pandemik.

“Dulu saya belajar bidang kulinari dan mulakan kerjaya dalam dunia masakan sebagai cef pelatih atau commis chef di sebuah hotel.

“Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya diberhentikan kerja dan pulang ke kampung duduk bersama keluarga di Ipoh.

“Pada masa itulah ‘cinta’ saya terhadap TikTok berputik setelah bosan menganggur. Saya godek satu persatu kelebihan yang ada dan pelajari cara cari duit melaluinya.

“Tak disangka-sangka, baru dua bulan main aplikasi ni, video saya tular dan momen manis itu menyuntik semangat untuk hasilkan kandungan video lebih kreatif dan berkualiti,” kongsinya mengimbas perjalanan bergelar TikToker remaja berpengaruh.

Namun, di sebalik kejayaan diraihnya dalam tempoh sesingkat dua tahun, Irfan mendedahkan hasratnya menjadi TikToker tidak direstui keluarga termasuklah ibu bapanya.

“Mereka suruh saya cari kerja tetap yang lebih terjamin, tetapi saya tetap berkeras untuk jadikan TikTok sumber pendapatan.

“Ahli keluarga memang tak setuju dengan keputusan saya. Keras kepala, saya tekad lari dari rumah bawa diri ke Kuala Lumpur untuk tuntut ilmu seni kreatif selain peluang yang terbuka luas,” akuinya.

Kini setelah hampir lima tahun mendalami dan menyelami selok belok ritma aplikasi media sosial paling mendadak pengaruhnya di dunia itu, Irfan boleh tersenyum bangga dengan deretan pencapaian dikecapinya.

Pada tanggal 26 Jun 2021, perjuangannya di medan digital demi mempengaruhi sejuta warga maya mengikutinya di platform TikTok akhirnya terlaksana.

Sehingga ke saat ini, dia berbangga dengan perolehan dijana daripada medium terbabit yang mencecah sekurang-kurangnya RM10,000 sebulan, bahkan pernah mencatat angka berjumlah RM50,000.

Sesudah berjaya memiliki lebih sejuta pengikut, Irfan kini mensasarkan matlamat baharu untuk memastikan akaun miliknya diiktiraf oleh pemaju aplikasi berkenaan menerusi pentauliahan lencana biru.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

“Selama ini tak pernah terfikir…,” – Iman Troye taruh kreativiti demi showcase solo

PENYANYI, Iman Troye meluahkan rasa teruja bercampur gemuruh apabila namanya dipilih sebagai antara pengisi utama bagi siri persembahan eksklusif,...

More Articles Like This