Jumlah mangsa banjir di Terengganu, Kelantan menurun

Dari Penulis

JUMLAH mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu dan Kelantan merekodkan penurunan, manakala jumlah mangsa di Pahang, Perak dan Johor kekal setakat malam ini.

Di TERENGGANU, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa banjir terus menunjukkan penurunan dengan 36,180 orang masih berlindung di 261 PPS di lapan daerah membabitkan Kemaman, Besut, Hulu Terengganu, Dungun, Kuala Nerus, Setiu, Kuala Terengganu dan Marang, berbanding 38,574 orang petang tadi.

Di KELANTAN, Sekretariat JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir di 116 PPS di lapan jajahan meliputi Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai, Machang, Pasir Puteh, Kota Bharu dan Bachok turut merekodkan penurunan kepada 30,551 orang malam ini berbanding  31,584 orang petang tadi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berkesempatan mengadakan lawatan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Raja, Pasir Mas.

BERITA BERKAITAN KKD salur bantuan RM1 juta termasuk barang keperluan, makanan kepada mangsa banjir

Di PAHANG, Sekretariat JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir malam ini kekal dengan 30 orang.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula melaporkan paras air Sungai Keratong, di Rompin kekal melepasi tahap bahaya, manakala di Maran, Sungai Pahang (Lubuk Paku) dan Sungai Luit (Kampung Subuh) serta Sungai Pahang di Paloh Hinai, Pekan, masih melebihi tahap amaran.

Di JOHOR Sekretariat JPBN dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir di Segamat kekal 48 orang malam ini, manakala di PERAK Sekretariat JPBN memaklumkan jumlah mangsa juga kekal dengan 26 orang.

— BERNAMA 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut terjatuh lepas keluar dari kolam di taman tema air

SEORANG kanak-kanak maut dipercayai terjatuh selepas keluar dari kawasan kolam dalam kejadian di sebuah taman tema air di Sungai...

More Articles Like This