MAYAT kanak-kanak perempuan, Nur Qaseh Deandra Mohd Qayyum, 9, yang dilaporkan hilang dibawa arus selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Bandar Mahkota Cheras, kelmarin sudah ditemukan di Sungai Langat, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mangsa ditemui pada jam 12.17 tengah hari, kira-kira 11 kilometer (km) dari lokasi dia dilaporkan terjatuh oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).Â
Ibu bapa mangsa juga sudah membuat pengecaman di lokasi.
Susulan itu SAR mangsa ditamatkan pada 1.35 tengah hari.

