Media barat tunjuk mereka sebenarnya rasis

Dari Penulis

HIDUP dalam zaman moden ini tidak mudah apabila ramai lagi manusia masih berfikiran cetek.

Pada 2022, ia kelihatan seolah-olah makin lama masalah perkauman tidak berubah walaupun dengan kuasa media sosial. Kita menghampiri hujung tahun 2022, namun masalah stereotaip dan isu perkauman masih kerap terjadi.

Hampir setiap hari kita membaca atau mendengar tentang isu yang sama dan hampir setiap hari orang akan meminta layanan yang lebih baik terhadap semua kaum tetapi betul ke kepada ‘semua’ kaum?

Dengan reaksi harian media luar apabila pasukan negara Islam cemerlang dalam Piala Dunia, kita boleh katakan definisi ‘keadilan’ kepada mereka ialah “semua berhak kecuali orang Islam”.

Buktinya ialah Piala Dunia Qatar apabila media asing dari hari pertama sering mencuba untuk mencari keburukan negara Islam.

 Awal-awalnya mereka cuba menggunakan isu sosial seperti alkohol dan LGBTQ+ namun ia tidak terjadi. Selepas melihat isu ‘besar’ seperti itu tidak memberikan reaksi yang diinginkan, mereka mula menyerang satu perkara yang sebenarnya merupakan intipati perasaan dengki mereka kepada negara Islam iaitu – agama.

“Pengganas”, “agama zaman Kuno”,”agama terlampau tertutup”, “ekstremis”. Semua itu label-label yang datang daripada manusia yang rasa seperti mereka tahu mengenai agama Islam.

Mereka melihat satu kejadian kemudian meletakkan sikap benci itu kepada negara Islam dengan tafsiran semua sama sahaja.

Bukankah itu sebuah stereotaip dan bukankah masalah stereotaip ini sudah lama media asing cuba menentang kerana berkata ia ‘rasis’ dan ‘biadab’ untuk meletakkan stereotaip kepada semua yang datang daripada kaum dan agama yang sama?

Tetapi mereka meletakkan label yang sama kepada negara Islam dan juga kaum-kaum berkulit gelap yang lain.

Mereka memanggil orang Islam ekstremis kerana tidak memberikan kebebasan kepada penganutnya untuk melakukan dan memakai apa-apa yang mereka mahu.

Ketika dua wanita Argentina berbogel di Qatar selepas memenangi piala dunia, ramai yang mempertahankan mereka. “Mereka hanya berseronok sahaja, tidak semua datang daripada budaya yang sama.”

Tetapi jika orang bertudung datang negara lain, mereka dipaksa cabut, mereka diheret, ditumbuk, ditolak ke atas tanah atas dasar “ini bukan negara Islam”. Betul, tidak semua datang daripada budaya yang sama tetapi budaya dan agama ialah dua benda berbeza namun dua-dua perlu dihormati terutamanya di tanah air orang lain.

Perasaan benci dan rasis kepada orang Asia Barat dan orang Islam sudah lama bermula dan mungkin tidak akan ada penghujung. Tetapi kini dengan kuasa media sosial. media asing tidak boleh menyorok sikap buruk mereka dari mata dunia kerana mereka enggan mengkaji agama Islam sepenuhnya Manusia hanya mahu bercakap tetapi tidak ingin membaca, tidak mahu mendengar.

Hakikatnya, mereka makin dengki bukannya kerana orang Islam membuat salah, tetapi kerana kita semakin kuat dan didengari oleh seluruh dunia. Jadi dengarlah, walaupun kamu tidak mahu. 

*Penulis adalah graduan kewartawanan UiTM


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tak seperti biasa, Piala Dunia 2026 kelihatan suram

HANYA tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Piala Dunia 2026 dimulakan dengan perlawanan pertama melibatkan satu daripada pasukan tuan...

More Articles Like This