Tidak sampai 24 jam selepas menerima laporan mengenai kes samun bersenjatakan parang di sebuah kedai serbaneka di Sungai Sumun, Bagan Datuk, Ahad lepas, polis berjaya menahan dua lelaki yang disyaki terbabit di sebuah taman perumahan di Teluk Intan awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata kedua-dua suspek yang berusia lingkungan 30-an itu ditahan pada pukul 1 pagi semalam selepas polis menerima laporan daripada seorang wanita berusia 28 tahun yang bekerja di kedai serbaneka berkenaan.
“Suspek cuba menyamun wang tunai namun gagal, dan hanya sempat melarikan sebuah telefon bimbit milik wanita berkenaan yang bernilai RM500,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel : Polis tahan dua lelaki samun kedai serbaneka di Petaling Jaya
Beliau berkata kedua-dua suspek direman selama lima hari bagi membantu siasatan.
“Kes ini berjaya diselesaikan dalam tempoh kurang daripada tempoh 24 jam dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dengan cadangan pertuduhan,” katanya.
— BERNAMA
Tuesday , 27 December 2022
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami

