SEORANG penunggang melecur selepas motosikal yang dinaiki terbakar dalam kemalangan di Kilometer 26.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, tengah hari tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.41 tengah hari.
Beliau berkata, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Bomba tiba 34 minit kemudian dan mendapati kemalangan melibatkan lima buah motosikal berkuasa tinggi.
“Sebuah motosikal Honda terbakar sepenuhnya dan terdapat lima mangsa di mana seorang mangsa mengalami lecur akibat kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel : Pemandu, kelindan nyaris maut selepas lori bawa muatan kerusi terbakar
Jelasnya, kesemua mangsa dibawa ke hospital sebelum bomba tiba.
Sementara itu, Lebuhraya Pantai Timur dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan mengenai kejadian kemalangan tersebut.
“Kemalangan di KM26.5 hala barat (Genting Sempah-Gombak) melibatkan 5 buah motosikal.
“Lorong perlahan dan tengah boleh dilalu. Sila pandu dengan berhati-hati dan patuhi arahan petugas di lokasi”.
Kemalangan itu telah menyebabkan kesesakan sejauh lapan kilometer.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami

