POLIS Diraja Malaysia (PDRM) selama ini berjaya menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dalam menangani aktiviti yang mengancam keselamatan negara.
Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Wilayah Persekutuan, Mahathir Mohd Rais berkata, akta itu juga berjaya membendung aktiviti gengsterisme dan elemen keganasan lain.
Oleh itu, katanya, apakah kewajaran akta tersebut dikaji semula oleh kerajaan sekarang.
“Ini termasuklah membanteras keganasan terancang dan berjaya mengekang pemerdagangan orang dan penyeludupan migrain,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Baca artikel lain: Monsun Timur Laut kali ini dijangka lebih serius – Armizan
Mahathir berkata, SOSMA sebenarnya perlu ditambah baik bukan dilonggarkan sebagaimana usaha yang pernah dibuat oleh bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Katanya, tumpuan sebenar terhadap SOSMA haruslah berpaksikan bagaimana ia boleh berfungsi untuk menjaga keamanan negara.
“Saya berharap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dapat membuat keputusan yang terbaik.
“Kita tiada akta yang digeruni dan SOSMA adalah satu-satunya undang-undang yang membolehkan seorang pegawai polis dengan tanpa waran boleh menangkap dan menahan mana-mana pihak yang dipercayai terlibat dalam kesalahan keselamatan,” katanya lagi.
Saifuddin sebelum ini dilaporkan memberi bayangan akta tersebut tidak akan disemak kembali dan menyatakan individu yang ditahan boleh mengambil khidmat peguam sekiranya dihadapkan ke mahkamah.
Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo meminta Saifuddin mempertimbangkan keputusan tersebut kerana ia bertentangan pendirian Pakatan Harapan (PH) yang tidak bersetuju dengan mekanisme dalam akta berkenaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

