SEORANG pemandu dan kelindan nyaris maut selepas lori yang dinaiki terbakar dalam kejadian berhampiran Kilang Honsen Apparel, Taman Industri Damai Plus, Jalan Kluang petang tadi.
Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Johor, panggilan mengenai kejadian diterima pada pukul 2.40 petang.
Sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Penggaram telah diarahkan ke lokasi kejadian.
“Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan Zulmazi Ariffin, pihaknya tiba di lokasi dan mendapati sebuah lori satu tan bermuatan kerusi pejabat telah terbakar sebanyak 90 peratus,” kata kenyataan itu hari ini.
Baca artikel : Pemandu Axia langgar lampu merah nyaris maut
Jelas kenyataan itu, api berjaya dipadamkan sepenuhnya dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 3.11 petang.
“Insiden tidak melibatkan mangsa. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan”.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

